web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Laksana Pemberian 157,000 Dos Penggalak Secara Percuma Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 5:10PM

Amirudin (dua, kiri) menyampaikan sumbangan Alat Peranti dan Perkakasan Sokongan COVID-19 daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 157,000 dos penggalak bagi vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada penduduk di Selangor mulai esok di bawah Program SelVax Booster, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata penduduk di negeri itu berumur 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap menerima dua dos vaksin boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir terus (walk-in) ke klinik Selcare berhampiran.

“Senarai klinik Selcare yang terlibat dalam pelaksanaan program SelVax Booster boleh didapati dalam laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinic/ atau melalui aplikasi SELangkah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk mendaftar terlebih dahulu melalui aplikasi SELangkah untuk mendapatkan dos penggalak tersebut bagi mengelakkan kesesakan di klinik berkenaan.

Beliau berkata dos penggalak yang diberikan adalah jenis Sinovac, yang sesuai diterima oleh mana-mana individu yang menerima apa jua jenis vaksin sebelum ini.

“Dos ini untuk memberikan imunisasi yang lebih kepada masyarakat ... keterbuktian dan keberkesanannya mungkin ada kelebihan masing-masing (bagi setiap jenis vaksin) tapi yang nyata Sinovac juga terbukti mampu mengekang risiko yang lebih parah terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19,” katanya.

Amirudin berkata semua maklumat penerimaan vaksinasi dos penggalak melalui program SelVax Booster akan dihantar oleh klinik terlibat melalui aplikasi MySejahtera.

Pada masa yang sama, beliau berkata program tersebut akan turut dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu berdasarkan permintaan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di seluruh Selangor.

Selain itu, kerajaan negeri akan turut melanjutkan Program Pengurusan COVID-19 Assessment Centre dan Pemantauan Pesakit Yang Menjalani Kuarantin Kendiri Melalui Aplikasi SELangkah bagi memperkukuh respons terhadap pandemik tersebut.

“Melalui sistem ini, pesakit berjaya dinilai dalam tempoh masa yang pantas untuk dirujuk bagi rawatan lanjut melalui kaedah telekesihatan atau kemasukan ke pusat kuarantin dan hospital bagi mencegah kematian di rumah (brought-in-dead) dalam tempoh kuarantin,” katanya.

Sehingga 26 November, sebanyak 616,980 rekod pemantauan pesakit telah dilaksana melalui sistem SELangkah dan berjaya mengenal pasti 38,809 kes dengan status kesihatan pesakit merosot semasa menjalani isolasi di rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar