web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaga-jaga Sindiket Pinjaman Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 11:26AM

Polis memberi ingatan agar semua pihak berhati-hati dengan sindiket pinjaman tidak wujud.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19 hingga mengakibatkan peningkatan pengangguran dan kehilangan sumber pendapatan telah membuka peluang kepada sindiket pinjaman tidak wujud untuk memperdaya mangsa yang kesempitan.

Mengambil kesempatan atas kesempitan golongan yang terjejas, sindiket terbabit mempromosikan pinjaman wang dengan mengiklankannya di laman sosial selain menawarkan kadar faedah rendah dan proses permohonan pinjaman yang cepat, menjadi tarikan utama hingga mengaburi mata mangsa.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), sepanjang 2020, sebanyak 5,718 kes dilaporkan membabitkan sindiket pinjaman tidak wujud dengan jumlah kerugian RM62,346,889,000.

Melihat kesan negatif yang dibawa sindiket ini terhadap masyarakat, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya menyerbu sebuah premis di Lembah Klang pada Isnin lalu dan menahan empat individu berusia 21 hingga 42 tahun.

Katanya, keempat-empat suspek dipercayai terlibat secara aktif dalam aktiviti penipuan pinjaman tidak wujud.

“Siasatan mendapati sindiket ini beroperasi sejak sebulan lalu dan menawarkan pinjaman tidak wujud dengan menghubungi mangsa menerusi panggilan telefon, menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) dan mesej menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Selepas berjaya manghubungi mangsa, sindiket akan mengarahkan mereka untuk membuat pembayaran pendahuluan seperti legal fee, agreement fee, insurance fee, credit increase fee, CCRIS/CTOS fee, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) fee, Account Activation fee dan sebagainya.

“Bagaimanapun, selepas bayaran yang diarahkan dibuat, sindiket ini akan memutuskan hubungan dengan mangsa,” katanya.

Zainuddin berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan iklan promosi atau pinjaman wang di media sosial seperti di Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

Nasihatnya lagi, buatlah pinjaman wang melalui institusi perbankan atau institusi kewangan berlesen sahaja.

“Peminjam tidak perlu membuat sebarang bayaran yuran sebelum permohonan pinjaman wang diluluskan dan anda dinasihatkan untuk membuat pengesahan nombor telefon serta akaun bank terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenalpasti sama ada ia pernah terbabit dalam mana-mana kes di bawah JSJK.

“Selain itu, sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang terdapat di media sosial,” katanya. – Getaran, 5 Mac 2021

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad