web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Berlengah, Segera Campur Tangan Kekang Manipulasi Harga Barang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 1:24PM

Ahmad Syukri Ab Razab (kanan) menyerahkan memorandum kepada Mohd Arifin A.M. Noordin (kiri) di perkarangan KPDNHEP, di Putrajaya, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa untuk segera campur tangan bagi mengekang sebarang bentuk manipulasi harga barangan keperluan asas yang mungkin dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, suara 'Keluarga Malaysia' yang meluahkan bebanan isu tersebut, khasnya di media sosial perlu dipandang serius dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib.

Menurut beliau, rakyat amat menantikan tindakan proaktif daripada kerajaan, bukan sekadar memberi jawapan tidak bernas yang langsung tidak menyentuh berkenaan solusi isu terbabit.

"AMK menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta kerajaan Persekutuan untuk menangani segera isu kenaikan harga barang yang tinggi.

"Tindakan ini perlu bagi mengelakkan sebarang bentuk urus niaga yang tidak telus dalam rantaian bekalan dan seterusnya menindas kumpulan pengguna dan peniaga," katanya kepada media di perkarangan KPDNHEP, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Alexander yang diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam KPDNHEP,  Mohd Arifin A.M. Noordin.

Ahmad Syukri Ab Razab
Ahmad Syukri Ab Razab

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri memaklumkan, tindakan AMK menghantar memorandum bukanlah untuk menunding jari kepada kerajaan, tetapi mahu mewujudkan suasana menang-menang kepada peniaga serta pengguna.

"Isu ini bukan barangan kayangan namun keperluan (rakyat) marhaen yang digunakan secara harian dan perlu diambil tindakan serius oleh kerajaan. Kita tidak mahu kerajaan hanya sekadar mahu tubuhkan jawatankuasa khas kerana itu bukan penyelesaian.

"Menteri ada kata kenaikan ini melibatkan pengeluar dan sebagainya. Maka, faktornya sudah diketahui, dan boleh ada jalan penyelesaian agar harga tidak melambung tinggi sehingga membebankan rakyat," katanya.

AMK menyerahkan memorandum meminta  KPDNHEP mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang.
AMK menyerahkan memorandum meminta KPDNHEP mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

Dalam pada itu Ahmad Syukri berkata, pihaknya akan terus mendesak kerajaan jika kerajaan masih membisu dan kenaikan harga barang terus berlaku.

"Kita memahami ekonomi baru sahaja dibuka namun kita perlu adil kepada semua pihak. Kita masih memberi ruang kepada kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan kenaikan harga barangan.

"Kita tidak menetapkan tempoh namun jika kerajaan masih berdegil untuk membiarkan perkara ini, maka, kita akan memikirkan tindakan selanjutnya agar desakan itu didengari oleh kerajaan," katanya. - Getaran, 6 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad