web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa, Generasi Muda Disaran Guna Meluas Bahasa Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 1:07PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung komitmen agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kurang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan terus menerima respon pelbagai pihak yang bersetuju dengan perkara itu.

Beliau berkata, sudah menjadi lumrah bahasa Malaysia kini tidak digunakan secara meluas sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek dan jenama produk.

Kenyataan Perdana Menteri tersebut turut dipersetujui beberapa kesatuan pelajar yang menganggap penggunaan bahasa terbabit harus diperkasakan, supaya terus diperjuangkan dan menunjukkan sebuah masyarakat pencinta bahasa tanah air sendiri.

Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri
Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, saranan Ismail Sabri supaya bahasa Malaysia digunakan dalam semua acara atau majlis secara meluas perlu direalisasikan semua pihak.

Jelasnya, MPPK turut menyokong penuh kenyataan beliau untuk terus memperkasakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

“Kami juga amat bersetuju beliau menegur agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan bahasa Malaysia.

“Hal ini demikian kerana sebagai sebuah Keluarga Malaysia, kita semua berperanan untuk memastikan bahasa kebangsaan terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain,” katanya kepada Getaran.

Muhammad Amir Asyraf, berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga menggunakan bahasa kebangsaan yang kini berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa popular di seluruh dunia.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan bahasa Inggeris, malah penggunaan nama syarikat, projek perumahan serta jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak menggunakan bahasa Malaysia,” katanya.

Muhammad NurSyahmi Shaare
Muhammad NurSyahmi Shaare

Mengulas isu sama, Pengarah Himpunan Mahasiswa Bangkit, Muhammad NurSyahmi Shaare, menyifatkan penggunaan bahasa rasmi secara meluas di negara ini bukan perkara luar biasa memandangkannya adalah bahasa rasmi rakyat Malaysia.

Katanya, tidak ada isu perlu dibangkitkan apabila bahasa kebangsaan digunakan dalam mana-mana acara atau platform komunikasi.

Muhammad NurSyahmi berkata, sepatutnya penggunaan bahasa Malaysia menjadi kebanggaan kepada rakyat di negara ini untuk dipratikkan secara meluas, termasuk mahasiswa dan generasi muda.

“Saya sendiri memang sokong kalau ada mana-mana platform untuk memperkukuhkan bahasa Malaysia, terutama dalam kalangan kaum lain supaya lebih fasih dalam menuturkan bahasa kebangsaan ini,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 39 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad