web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Tunggu Tahun Depan, Penceroboh Diingatkan Untuk Henti Teroka Tanah Haram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 8:37PM

Wan Rosdy (kanan) menandatangani plak perasmian projek Foodlawn.Kome@ Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang memberi amaran kepada semua penceroboh tanah haram agar menghentikan aktiviti mereka sebelum berdepan tindakan tegas.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun kerajaan Persekutuan memberi masa sehingga Jun tahun depan bagi semua kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan menyelesaikan isu terbabit, namun kerajaan Pahang sudah lama mengambil langkah proaktif bagi mengawal aktiviti berkenaan.

“Isu tanah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita sudah lama melakukan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap penceroboh tanah haram di Pahang.

“Kita memang serius untuk menangani isu ini dan ia dibuktikan apabila kerajaan negeri menubuhkan Unit Khas Elit Penguatkuasaan Negeri Pahang bagi memastikan usaha membanteras aktiviti pencerobohan tanah dapat diminimumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Foodlawn.Kome @ Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Wan Rosdy mengulas kenyataan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hasil mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) semalam yang bersetuju supaya semua kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram itu selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.

Mesyuarat diadakan secara sidang video itu juga bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Rosdy berkata, penerokaan tanah haram di Pahang masih terkawal dan tindakan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan masih perlu dilakukan untuk mengelak perkara itu terus berlaku.

“Kalau nak kata tidak ada langsung (pencerobohan tanah haram), masih ada tapi terkawal dan kalau boleh biarlah ‘zero’ jadi kena tingkatkan penguatkuasaan,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai proses pemulihan Tasik Chini, Wan Rosdy berkata, semuanya berjalan mengikut jadual dan sehingga kini, sebanyak 75 peratus proses pemulihan sudah dilaksanakan.

“Saya sudah melawat (Tasik Chini) hujung bulan lalu dan kerja pemulihan serta penanaman semula pokok berjalan mengikut jadual.

“Saya akan melawat sekali lagi bulan Januari atau Februari depan untuk melihat perkembangan proses pemulihan dilakukan di sana,” katanya yang turut memaklumkan semua aktiviti perlombongan di sekitar tasik itu juga sudah diarahkan berhenti. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 27 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar