Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Abai Pendidikan Anak Boleh Dihukum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 8:07AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kelas bimbingan Al Quran dan agama kini semakin menjadi pilihan di kalangan ibu bapa, khususnya yang beragama Islam bagi memastikan anak-anak mereka memperoleh bekalan akhirat mencukupi.

Itu bukan satu perkara luar biasa, kerana sememangnya kita dituntut untuk menyeimbangkan antara ilmu dunia dan kerohanian, demi sebuah kehidupan yang sempurna.

Kecenderungan ibu bapa mencari kelas atau sekolah beraliran agama ini bagaimanapun mengundang satu permasalahan lain, apabila wujud golongan yang radikal, sehingga tergamak memberhentikan anak mereka daripada sekolah.

Ia berikutan tanggapan bahawa ilmu aliran agama lebih penting, berbanding pendidikan rasmi mengikut silibus Kementerian Pendidikan.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla - Gambar dari Facebook InspirasikuMahathir
Mohamed Haniff Khatri Abdulla - Gambar dari Facebook InspirasikuMahathir

Menurut Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, aspek perundangan mewajibkan semua kanak-kanak berusia enam tahun didaftar ke sekolah yang diiktiraf Kementerian Pendidikan.

“Tindakan ibu bapa menghantar anak mereka  ke pusat pendidikan lain seperti sekolah pondok atau sekolah tahfiz dan bukan di institusi pendidikan beraliran perdana adalah satu kesalahan menurut Akta Pelajaran 1961 (Akta 550) dan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

“Semua ibu bapa atau penjaga wajib mendidik anak masing-masing berdasarkan kepada struktur pelajaran yang diiktiraf sistem perundangan negara,” katanya.

 Beliau menegaskan, kegagalan ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sekolah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 29 A (4) dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Saya tahu bahawa  ramai akan mempersoalkan perkara ini dengan andaian, anak-anak adalah hak mereka namun perlu diingat, sistem pelajaran negara wujud di bawah akta yang dibawa dan dibentangkan di Parlimen, justeru ia perlu dipatuhi,” tegasnya.

Mohamed Haniff memberi amaran, ibu bapa yang menolak untuk mendaftarkan anak mereka dalam sistem pembelajaran arus perdana berdepan risiko untuk didakwa di bawah Seksyen 29 A (4).

“Perincian ini berkuatkuasa selagi tiada pindaan khusus dilakukan ke atas Akta Pendidikan,” katanya.

Kegagalan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan dan penjagaan yang sempurna kepada anak-anak, jelas beliau lagi, juga boleh dianggap sebagai satu penderaan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

“Jika ada ibu bapa memilih untuk tidak mendaftar langsung ke sekolah, kemudian perkara tersebut dipanjangkan kepada pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), JKM boleh membuat laporan polis di bawah kesalahan penderaan emosi sehingga membolehkan mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31, akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

 Zamihan Mat Zin - Gambar dari Facebook Ustaz Zamihan Al-Ghari
Zamihan Mat Zin - Gambar dari Facebook Ustaz Zamihan Al-Ghari

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin, adalah haram hukumnya untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak masing-masing.

Islam jelasnya, amat menekankan aspek pendidikan rohani, jasmani, intelektual dan emosi dalam kehidupan.

Malah pendidikan seimbang juga katanya, mencakupi penjagaan yang menyeluruh dan lengkap, serta wajib disediakan oleh ibu bapa untuk anak masing-masing.

“Dari segi hukum, adalah wajib ibu bapa menyediakan pendidikan  yang sempurna kepada anak-anak dan haram untuk mereka mengabaikan tanggungjawab tersebut.

“Pendidikan yang tidak lengkap hanya merugikan ibu bapa dan masa depan anak-anak itu sendiri,” katanya kepada Getaran.

Zamihan menegaskan, pendidikan sempurna perlu merangkumi subjek berteraskan agama Islam dan kombinasi mata pelajaran lain, yang diajar di sekolah arus perdana.

Beliau yang juga pendakwah bebas berkata, tidak dinafikan bahawa pendidikan agama itu amat penting untuk pembangunan jati diri, ilmu pengetahuan dan kemahiran anak-anak, namun dunia serba maju menuntut agar subjek di aliran perdana turut dikuasai dengan baik, bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam kehidupan seharian.

“Jika berhentikan anak-anak ke sekolah semata-mata mahu mengejar akhirat, itu merupakan tindakan mundur dan boleh merugikan masa depan anak-anak itu sendiri, kerana ia menyebabkan mereka tercicir  dari pendidikan arus perdana.

“Contohnya, berhenti dari sekolah arus perdana, kemudian masukkan anak sekolah pondok atau tahfiz semata-mata. Bukan semua orang minat dengan tahfiz dan ada kebolehan menghafal, kerana kemahiran, kemahuan dan juga kredibiliti anak-anak itu berbeza,” katanya.

Anak-anak jelas Zamihan lagi, tidak seharusnya dipaksa menuruti setiap kehendak atau kemahuan ibu bapa, malah hak dan kepentingan mereka wajar diraikan dengan baik.

Beliau menarik perhatian, ibu bapa harus sentiasa positif dengan potensi anak-anak, termasuk memberikan peluang dan pilihan kepada mereka, bersesuaian dengan kehendak serta keadaan semasa.

“Ambil sekali kepentingan dunia akhirat bersama-sama agar kehidupan seimbang. Maknanya bila kita hidup dan matang , kita boleh seimbangkan diri kita mana tuntutan duniawi dan mana tuntutan akhirat,” jelas Zamihan.

Dengan segala huraian dari aspek keagamaan dan perundangan, maka wajarkah lagi kita terlalu mengejar akhirat, sehingga mengabaikan tuntutan hidup di dunia.

Dalam melayari kehidupan sebagai manusia, sewajarnya dunia itu dikelek dan akhirat pula dijunjung, bagi memastikan simbiosis antara kedua perihal ini saling bertaut erat tanpa meminggirkan salah satu perincian berkenaan.

Dunia dan akhirat itu sebenarnya perlu saling melengkapi, sebagaimana ilmu fardu ain dan fardu kifayah, ilmu naqli dan aqli, agar kejayaan itu menjadi milik mutlak selamanya. – Getaran, 4 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 4 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak