web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Menu, 45 Premis Makanan Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 8:19AM

Azman Adam meninjau harga barangan sempena Operasi Ops Menu dan Pemeriksaan Harga Barangan oleh KPDNHEP di sekitar Kota Warisan, Sepang, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil tindakan terhadap 45 daripada 4,064 premis makanan yang diperiksa dalam Ops Menu di seluruh negara sejak 6 November hingga semalam.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata 45 premis berkenaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

“Dalam Ops Menu ini, perkara utama kita akan periksa tanda harga yang dipamerkan, sama ada ia sama dengan di dalam menu atau tidak. Ada restoran yang pamerkan tanda harga tapi tidak sama dengan di dalam menu. 

Perbezaan harga itu antara RM0.50 hingga RM0.60 sen. Ini adalah satu kelakuan yang ternyata mengelirukan pengguna. Jadi kita (KPDNHEP) sudah ambil tindakan terhadap peniaga berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan Ops Menu di sekitar Kota Warisan, di sini malam tadi.

Katanya, Ops Menu yang bermula pada 6 November lepas itu disertai lebih 2,000 anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara dan akan diteruskan bagi menyekat kenaikan harga makanan secara mendadak.

Berikutan pelbagai aduan diterima daripada pengguna berkaitan isu tersebut Azman berkata bahawa KPDNHEP tidak lagi memberi amaran kepada peniaga yang sengaja mengaut keuntungan secara tidak munasabah, sebaliknya mengenakan tindakan tegas di bawah AKHAP 2011 jika didapati bersalah.

Seksyen 14(1) AKHAP 2011 memperuntukkan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat dan sehingga RM100,000 bagi individu  atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Orang ramai dipelawa menyalurkan aduan beserta bukti seperti resit atau gambar kepada KPDNHEP melalui pelbagai saluran yang disediakan iaitu portal e-aduan.kpdnhep, e-mel di [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDNHEP, WhatsApp 019-279 4317 atau menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/ 6245. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar