Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RTK-Antigen, Rt-PCR Mampu Kesan Varian Omicron - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 1:44PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun kajian masih lagi dilakukan bagi mengetahui lebih mendalam berkenaan varian tersebut.

“Ujian RT-PCR sepatutnya ok, tapi dari segi keberkesanan RTK-Antigen kami masih mengkajinya tetapi setakat ini ia masih dapat mengesan varian Omicron ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Petugas COVID-19 Institut Kesihatan Negara di sini hari ini.

Katanya kajian lanjut mengenai varian itu bukan hanya mengenai ujian pengesanan tetapi juga soal keberkesanan vaksin.

“Kami akan dapat laporan daripada pengeluar vaksin yang sedang melaksana kajian dengan pantas sama ada vaksin mereka berkesan terhadap varian tersebut,” katanya sambil menambah laporan itu dijangka diperoleh dalam seminggu ke dua minggu lagi.

“Soal ketiga kami kena lihat adalah keganasan Omicron ini dan kami dapat laporan awal di Afrika Selatan yang merupakan negara yang vaksinasi mereka rendah tetapi Omicron ini hanya telah menyebabkan gejala yang sederhana.

“Ada beberapa berita baik, tetapi sekali lagi kami tidak tahu dan kami perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata terlalu awal untuk menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dikenakan semula susulan kemunculan Omicron.

“Terlalu awal, rakyat marah dengar PKP ini dan penyelidik sedang meneliti perkara ini,” katanya.

Mengenai gelembung perjalanan dan keperluan kuarantin di rumah dan hotel bagi pengembara yang kembali dari negara yang dikategorikan sebagai risiko, katanya perkara itu akan dibincang dengan Ketua Pengarahnya petang ini.

“Ada beberapa opsyen yang akan dipertimbangkan untuk dapat kita perketatkan lagi kawasan sempadan kita,” katanya.

Mengenai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara Indonesia, Thailand dan Brunei, perbincangan masih lagi berlangsung dengan mengambil kira kewujudan varian baharu.

Sementara itu bagi prosedur operasi standard untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Khairy berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diperoleh esok dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID -19: Kes Aktif Varian Omicron Bergejala Ringan - Pakar Perubatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 10 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 9 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024