web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Notis NPMB Kepada Peniaga Berhubung Kailan Ikan Masin Dikatakan Mahal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 10:36AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.

Dalam kenyataan hari ini KPDNHEP Pulau Pinang berkata peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak KPDNHEP Pulau Pinang menerima makluman berkaitan isu yang ditularkan ‘harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan’ melalui media sosial oleh seorang pelanggan mengenai hidangan kailan ikan masin yang dikatakan mahal, semalam.

“Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan, dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

Semalam menerusi hantaran di Facebook (FB) itu, seorang pelanggan memuat naik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular, dan individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Notis Pengusiran Penyewa Rumah Kos Rendah LPPB Sabah Kekal - Menteri

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Satu Pun Projek Rumah Belia Kerajaan Terdahulu Dilaksanakan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad