web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Notis Pengusiran Penyewa Rumah Kos Rendah LPPB Sabah Kekal - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 8:00PM

Notis tiga bulan dikeluarkan kepada penyewa rumah kos rendah Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) negeri berkenaan lebih 10 tahun, masih kekal berkuat kuasa. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Joachim Gunsalam menegaskan, notis tiga bulan dikeluarkan kepada penyewa rumah kos rendah Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) negeri berkenaan lebih 10 tahun, masih kekal berkuat kuasa.

Beliau berkata, notis itu terpakai kepada penyewa yang hilang kelayakan, tetapi mendedahkan bahawa lanjutan tempoh terbabit akan dipertimbangkan sekiranya mereka lulus proses tapisan.

“Kementerian dan LPPB akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyaring penyewa, mengesahkan status kelayakan mereka bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan kemudahan perumahan itu boleh mendapat manfaat.

“Langkah ini bertujuan menghalang individu mengaut keuntungan daripada rumah PPR seperti menyewakannya,” katanya di sini hari ini.

Keputusan untuk meneruskan proses pengusiran penyewa di perumahan itu, dibuat selepas mesyuarat kerajaan negeri berkenaan semalam.

Gunsalam menjelaskan bahawa tindakan itu, membolehkan LPPB menyewakan unit yang ada kepada individu lain yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah pada masa hadapan.

Menurutnya, sebahagian daripada unit bakal kosong tidak lama lagi itu, akan diberikan kepada graduan baharu sebagai rumah transit, sehingga mereka mampu membeli kediaman sendiri.

Keputusan ini, katanya, dibuat berikutan cadangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini untuk membantu graduan baharu.

Gunsalam berkata, perlu diingat bahawa had 10 tahun untuk menyewa mana-mana rumah kos rendah milik LPPB, termaktub dalam syarat garis panduan penyewaan rumah PPR negeri, berkuat kuasa sejak 2012.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, penyewa hilang kelayakan jika didapati menyewakan unit mereka, mempunyai pendapatan lebih RM3,000 sebulan, sudah memiliki rumah, menggunakan unit diberikan kepada mereka sebagai transit atau simpanan, menjadikan rumah itu sebagai ‘homestay’ (inap desa) atau mempunyai tunggakan bayaran.

Lembaga perumahan awam itu sebelum ini, berdepan kemarahan beberapa ahli politik selepas mengeluarkan notis pada 19 Jun lalu, bagi mengarahkan penyewanya yang sudah menduduki unit rumah kos rendah mereka selama lebih 10 tahun, mengosongkan kediaman dalam tempoh tiga bulan.

Hajiji secara peribadi menyatakan bantahannya terhadap pengusiran itu. – The Vibes, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perumahan Berdaya Huni Atasi Tekanan Mental Anak-Anak PPR

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Dicadang Laksana 3 Langkah Pertingkat Keselamatan Warga Emas Tinggal Bersendirian

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad