web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajuddin Masih Belum Didakwa, AG Salah Guna Kuasa - Majlis Presiden PH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 5:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Persekutuan untuk tidak tunduk kepada tuntutan pihak tertentu bagi mencampuri urusan mahkamah dalam memelihara kebebasan badan itu bertindak amat dihormati pelbagai pihak, khasnya masyarakat.

Pendirian tersebut dimulakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu memastikan badan kehakiman terus mendapat kepercayaan rakyat.

Namun, ketetapan tersebut mula dicemari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, merangkap Naib Presiden UMNO selepas tiada sebarang pendakwaan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), tindakan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan, apabila Tajuddin masih ‘bebas’ selepas lebih enam bulan sejak penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Blok pembangkang berkenaan mendakwa, kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengheret Tajuddin ke mahkamah membuktikan berlakunya salah guna kuasa apabila pendakwaan dibuat bermotifkan politik ke atas individu ‘terpilih’.

“Seperti yang semua sedia maklum, hingga ke hari ini beliau masih tidak dibawa ke mahkamah. Pada ketika itu, dilaporkan bahawa SPRM menunggu arahan Peguam Negara untuk mendakwa beliau.

“Kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan dalam kes ini selepas enam bulan jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pendakwaan berpilih yang bermotif politik,” kata majlis berkenaan hari ini.

Ketegasan itu dinyatakan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau.

Dalam pada itu, PH juga mengkritik keputusan kerajaan bagi melantik Tajuddin sebagai Duta Malaysia ke Indonesia kerana tindakan terbabit hanya akan menjejaskan imej dan mewujudkan persepsi buruk kepada negara.

Majlis berkenaan menegaskan, isu melibatkan pendakwaan terpilih Tajuddin antara perkara yang perlu diteliti selain pembebasan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini.

“Kami meneliti isu ini bersekali dengan siri tindakan Peguam Negara, termasuk dalam membatalkan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen UMNO dari Putrajaya, Tengku Adnan Mansor dari dakwaan rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

“Ahli perniagaan tersebut telahpun mengaku bersalah dan didenda kerana memberi sogokan kepada Tengku Adnan. Majlis Presiden amat kesal kerana sehingga hari ini, Peguam Negara masih lagi belum memberi sebarang penjelasan terhadap tindakan beliau,” katanya.

Sementara itu, Majlis Presiden PH turut mendesak agar Peguam Negara memberikan penjelasan kukuh berhubung kegagalan beliau mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Oleh itu, kami menggesa Peguam Negara untuk segera memberi penjelasan mengapa Yang Berhormat (YB) Pasir Salak tidak dihadapkan ke mahkamah.

“Sekiranya beliau gagal mendakwa YB Pasir Salak, maka Peguam Negara tidak layak memegang jawatan penting ini,” katanya. - Getaran, 26 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad