web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 4:42PM

Kedua-dua tertuduh ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU  - Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya didenda masing-masing RM50,000 dan RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana mengemukakan dokumen pals kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM5,300, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas pemilik syarikat Arrie, Syahiman Mohd Zain, 34, dan pekerjanya Nurul Azwani Moha Razali, 38, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dihadapi.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.

Mohd Azhar turut mengarahkan baki wang sebanyak RM30,949.94 di dalam akaun bank CIMB Islamic milik syarikat Nur llahi Skills Resources serta dua unit komputer yang dibeli menggunakan duit hasil tuntutan insentif Penjana, dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, kedua-dua tertuduh telah bersama-sama dengan curangnya menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi Borang Pengesahan Pekerja Penjana untuk menuntut insentif berjumlah RM5,300 di Perkeso Terengganu pada 5 Julai 2021, yang mana mereka mengetahui dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan tersebut dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pada 31 Oktober lepas, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi Borang Pengesahan Pekerja di bawah program itu yang mengandungi butiran palsu kepada seorang pegawai Perkeso, bagi menuntut insentif keseluruhan berjumlah RM126,100.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mariah Omar dan Pegawai Pendakwaan SPRM Nur Raihan Mohd Yusof, manakala Arrie Syahiman diwakili peguam Mohd Fauzi Razali dan Nurul Azwani diwakili peguam Hayat Muhamad.

Terdahulu Mohd Fauzi memohon mahkamah supaya Arrie Syahiman diberikan denda yang minima, dengan alasan anak guamnya perlu menanggung ibu dan isteri yang tidak bekerja, manakala Hayat pula memohon supaya Nurul Azwani hanya dikenakan hukuman denda memandangkan ibu kepada empat orang anak itu telah mengaku salah dan telah menjimatkan masa serta kos mahkamah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad