web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Edar Lebih 70 Kg Dadah, 2 Ahli Perniagaan Dihukum Gantung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 3:50PM

2 ahli perniagaan, Tan Teng Siong dan Tay Thong Keng dijatuhi hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah atas tuduhan edar 70.9 kg dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Dua ahli perniagaan dijatuhi hukuman gantung mandatori selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan mengedar 70.9 kilogram dadah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tan Teng Siong, 42, dan Tay Thong Keng, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Haji Karim, berhampiran Mahkamah Tawau pada jam 12.30 tengah hari, 9 November 2018.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, mereka bersama seorang lagi tertuduh, Tan Teng Sang, 38, didakwa memiliki dadah dari jenis metafetamin itu di belakang Mahkamah Tawau.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 38B (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung mandatori atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan.

Hakim Dr Lim Hock Leng berkata, pembela kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam masa sama, pendakwa berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyeludup dadah berkenaan.

Sehubungan itu, Mahkamah mendapati kedua-dua mereka bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Teng Sang (tertuduh ketiga) bagaimanapun dibebaskan selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Dominic Chew, Luke Ressa Balang dan Ram Singh Harban Singh. – Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 16 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad