web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh, Laluan Ke Penempatan Orang Asli Pos Yum Ditutup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 2:06PM

Keadaan di jalan utama Pos Beswok menuju ke penempatan Orang Asli di Pos Yum, Kuala Kangsar terpaksa ditutup akibat tanah runtuh semalam. - Gambar dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jalan utama Pos Beswok menuju ke penempatan Orang Asli di Pos Yum, Kuala Kangsar ditutup untuk semua kenderaan akibat insiden tanah runtuh semalam.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerosakan jalan itu melibatkan laluan sepanjang 60 meter dengan kedalaman cerun dianggarkan setinggi antara 10 hingga 15 meter.

“Jentera akan tiba di lokasi hari ini untuk membina jalan sementara bagi menghubungkan jalan terputus itu dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh sehari hingga dua hari. Notis penutupan jalan telah dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan tindakan jangka panjang dengan membina semula cerun di lokasi berkenaan akan dilakukan berdasarkan kepada pemeriksaan forensik kegagalan cerun tersebut.

Beberapa gambar kejadian tanah runtuh tersebut tular menerusi laman Facebook dengan mendakwa sudah bertahun penduduk membuat aduan tentang keadaan jalan itu namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian sepenuhnya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar