Berita Terkini

6 jam yang lalu: Harga RON97 turun tiga sen kepada RM2.99 seliter, harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 9 Dis - 15 Dis - Kementerian Kewangan 7 jam yang lalu: PDRM menawarkan diskaun kompaun saman terpilih sehingga 80 peratus bermula esok sehingga Ahad ini sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia 7 jam yang lalu: 5G: DNB akan diminta adakan perbincangan mengenai model sistem rangkaian borong tunggal bersama Ahli-ahli Parlimen pembangkang – Annuar Musa 9 jam yang lalu: 5,020 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: Indonesia dijangka hantar 5,000 hingga 10,000 rakyatnya untuk bekerja di negara ini, bulan depan - M. Saravanan

IKUTI KAMI


Virus COVID-19 Mudah Mutasi, Penerima Sinovac Disaran Ambil Dos Penggalak - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 8:46AM

Vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca telah diluluskan sebagai dos penggalak oleh kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, CoronaVac keluaran Sinovac/Pharmaniaga Lifescience dan AstraZeneca sudah diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Susulan kelulusan itu, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada beberapa kategori penerima.

Antaranya, semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur; petugas barisan hadapan; individu dengan komorbiditi; wanita hamil dan keperluan ke luar negara.

Begitupun orang ramai mula membangkitkan persoalan mengenai keberkesanan dos penggalak selepas Kajian 'The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination' (RECoVaM) mendedahkan tahap antibodi penerima vaksin akan menurun selepas enam bulan seseorang individu lengkap dua dos suntikan.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, suntikan dos penggalak perlu diambil kerana virus COVID-19 mudah bermutasi.

“Penyakit COVID-19 merupakan penyakit baharu dan mudah bermutasi. Dulu asalnya kita panggil strain Wuhan (2019) tapi sekarang dah bertukar jadi varian Delta, Alfa, Beta, Lambda dan Gamma. Ini menyebabkan kita sentiasa ‘tertipu’. Jadi bila vaksin untuk melawan COVID-19 dah dikeluarkan, timbul pula varian Delta yang lebih ganas.

“Bila muncul varian baharu ini, jadi vaksin pula kena upgrade. Sebab itulah kita digalakkan ambil dos penggalak untuk meningkatkan antibodi yang sudah berkurangan dan mengelak jangkitan lebih serius,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah beliau tidak menolak mungkin orang ramai perlu mengambil dos penggalak ‘tambahan’ selepas ini.

“Tapi isu sekarang berapa kerap kita nak ambil dos penggalak? Takkan setiap enam bulan sekali kena ambil. Sesetengah kajian yang dikeluarkan mungkin sampai satu masa, dos penggalak kita kena ambil setiap tahun macam Influenza.

“Sebab strain boleh bertukar-tukar. Macam virus Influenza setiap kali kita pergi haji atau ke luar negara, kita kena ambil booster Influenza setiap tahun sebab virus itu boleh bertukar-tukar sama seperti COVID-19.

“Itulah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa kajian yang dilakukan. Adakah akan menjadi realiti? Wallahu a’lam. Jadi buat masa sekarang tak ada jawapan kepada persoalan itu. Banyak negara yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi turut bergelut dengan wabak yang masih berlaku,” katanya.

Bimbang mengenai trend pesakit kategori empat dan lima COVID-19 terdiri daripada penerima vaksin Sinovac, Dr Sharifa Ezat menyarankan agar golongan tersebut mengambil dos penggalak secara heterologous (vaksin campuran).

“Berdasarkan kajian memang hasil suntikan kaedah heterologous boleh meningkatkan imuniti sistem seseorang berbanding ambil vaksin jenis sama.

“Jadi bagus lagi sebenarnya. Kita pun dah tahu Sinovac imun respons rendah, jadi kenapa nak ambil yang sama? Ambillah yang canggih sikit, Pfizer,” katanya.

Susulan itu, beliau menggalakkan penerima Sinovac khususnya supaya mengambil dos penggalak untuk memastikan mereka sentiasa mendapat perlindungan yang terbaik dan tertinggi.

“Peluang dijangkiti itu masih ada tapi dengan vaksin kita boleh elak kategori empat dan lima. Tapi sekarang masih ada imuniti yang rendah contohnya penerima Sinovac.

“Mereka antara yang terdedah kepada jangkitan baharu. Ini yang kita risau. Jadi sebab itulah penting golongan ini kena ambil dos penggalak,” katanya.

Menjawab persoalan ramai mengenai tindakan kerajaan membeli vaksin Sinovac yang tidak bertahan lama, Dr Sharifa Ezat berkata belum ada kajian menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut lebih rendah daripada vaksin lain ketika itu.

“COVID-19 ini virus baharu dan vaksin yang dikeluarkan pun baharu. Jadi kita macam telur di hujung tanduk, tak tahu apa akan berlaku selepas itu. Dan kajian yang ada sekarang itu datang kemudian (selepas vaksin dikeluarkan).

“Masa beli dulu pun bukan murah, jadi kita terpaksa bersaing dengan negara-negara maju nak dapatkan vaksin. Oleh itu, kita tak dapat peruntukan vaksin Pfizer yang banyak. Jadi nak cepat ambillah apa-apa vaksin yang keluar termasuk Sinovac.

“Walaupun kurang berkesan, in the way vaksin itu sebenarnya membantu rakyat. Sekurang-kurangnya ia memberi kita perlindungan daripada tak ada apa-apa. Kalau tunggu Pfizer yang ambil masa lama untuk dapat, silap-silap ramai yang dijangkiti ketika itu,” katanya.

Menyedari ramai bimbang mengenai kesan sampingan selepas pengambilan vaksin campuran, beliau berkata setiap individu akan mengalami kesan sampingan berbeza tetapi secara keseluruhannya tidaklah begitu serius.

“Sebenarnya memang Pfizer ada kesan sampingan kuat sedikit termasuk kesan sampingan ringan dan teruk jika dibandingkan dengan Sinovac.

“Kesan sampingan ringan macam demam, ketiak bengkak sedikit, ada rasa nak muntah dan cirit-birit. Kesan sampingan teruk pula seperti masalah jantung akibat vaksin, alergi dan sukar bernafas, itupun boleh berlaku.

“Namun kebarangkalian untuk berlaku itu sangat rendah. Berdasarkan kajian, sakit jantung berlaku satu dalam 50,000 kes, maknanya sangat rendah. Jadi penerima Sinovac memang akan terkejut selepas disuntik Pfizer kerana kesan sampingan kuat sedikit,” katanya.

Pada masa sama, Dr Sharifa Ezat turut menasihati orang ramai supaya mendapatkan rehat yang cukup dan makan sebelum divaksin untuk mengelak kesan sampingan yang teruk.

“Makanlah dulu, pastikan kenyang sebelum divaksin sebab kadang-kadang lepas vaksin boleh menyebabkan kita rasa lapar, lepas tu perut pun sakit. Kalau tak makan terus, memang rasa nak pitam, muntah dan macam-macam lagi.

“Jadi memang kita galakkan makan dahulu dan pastikan cukup tidur. Dalam masa dua hari tu jangan buat aktiviti berat. Ini dah kena vaksin, petang dah pergi joging, esoknya pitam. Tak bolehlah sebab vaksin menyebabkan reaksi pada badan.

“Jadi kenapa nak ambil risiko. Kita kena beranggapan kita macam nak pergi berperang, maknanya kita kena bersedia juga dengan kesan sampingan yang muncul selepas divaksin,” katanya. - Getaran, 26 November 2021

Sorotan

1

Sindiket Rokok Seludup Tumpas, 2 Lelaki Ditahan

2

Atletico Mara, Liverpool Kekal Sempurna

3

'Red Notice' Filem Paling Banyak Ditonton Di Netflix

4

Singapura Sahkan 2 Kes Import Positif Varian Omicron

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

8,669 Insiden Keselamatan Sekuriti Dilaporkan Di Malaysia Sehingga November

Semasa 1 hari yang lalu

Pengembara Luar Perlu Jalani Ujian COVID-19, 6 Hari, Mulai Esok

Sukan 15 jam yang lalu

Sukan SEA Ke-31 Pada 12 Hingga 23 Mei Tahun Depan - MOM

Semasa 6 jam yang lalu

Tindakan Najib Memalukan Negara - Hakim

oleh Aiman Sadiq