web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 75,000 Tan Sampah Dikeluarkan Dari Sungai Klang Sejak 2016

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:14AM

Para pekerja melakukan kerja pembersihan di Sungai Klang pada 17 Disember, 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sungai Klang yang pernah disenaraikan sebagai antara sungai terkotor di dunia kini berubah secara drastik dan menjadi lebih bersih.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin berkata ini susulan lebih 75,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari sungai itu sejak 2016 hingga September lepas menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), satu inisiatif mega untuk memulihara kira-kira 56 kilometer kawasan sungai tersebut.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 50 peratus merupakan sampah organik seperti keladi bunting, rumput dan dahan pokok manakala selebihnya bahan bukan organik seperti plastik, tin dan tekstil.

Syaiful Azmen berkata plastik menyumbang 80 peratus daripada sampah bukan organik manakala bakinya termasuk bungkusan makanan dan minuman, aluminium, tin, barangan getah dan tekstil.

“Sudah tiba masanya untuk nama kita dikeluarkan daripada senarai itu (antara sungai terkotor di dunia) kerana kebanyakan sampah terapung telah pun dikeluarkan dan anda boleh menaiki bot dari Pangkalan Batu ke Pelabuhan Klang tanpa perlu berhenti setiap 500 meter. Sungai ini telah menjadi lebih bersih dan semua orang boleh melihatnya.

“Dengan pelbagai langkah tambahan bagi memerangkap sampah sebelum memasuki Sungai Klang beserta kaedah memerangkap sampah sedia ada menggunakan tujuh struktur perangkap sampah yang dipasang secara strategik serta dua pemintas oleh The Ocean Cleanup, kami menyasar untuk mengurangkan lagi kadar pengeluaran kepada 900 metrik tan sampah sebulan menjelang penghujung 2022,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti 38 lokasi berpotensi di hilir Sungai Klang untuk pemasangan atau penaiktarafan perangkap dan penyaring sampah di anak sungai, longkang monsun dan kunci air yang akan mengekang pengaliran sampah terapung.

Syaiful Azmen berkata menjelang akhir tahun 2022, projek itu juga menyasar untuk mengurangkan jumlah pengeluaran sampah tahunan sebanyak 40 peratus berbanding jumlah kutipan tahun pertama operasi pada 2016.

“Menjelang penghujung Disember 2021, pengurangan itu dijangka berada pada kadar 33 peratus,” katanya.

Landasan Lumayan Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Diperbadankan), diberi mandat menerajui projek SMG iaitu satu usaha pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan lestari Sungai Klang serta kawasan sekitarnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amirudin Saman Sanusi, Isu Dakwaan Skandal Projek Sungai Klang

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad