web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amirudin Saman Sanusi, Isu Dakwaan Skandal Projek Sungai Klang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 7:49PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan.

Pada 9 Ogos lalu, Amirudin telah memfailkan notis tuntutan terhadap Muhammad Sanusi dan menuntut beliau membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam satu ucapan di Jitra, awal bulan ini.

Dalam notis tuntutan itu menyatakan, Muhammad Sanusi telah memfitnah kononnya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu dan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang serta ahli perniagaan itu akan menerima 600 ekar (243 hektar) tanah percuma.

Justeru plaintif dalam saman itu menuntut ganti rugi, am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan, serta perintah injunksi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada mengulangi dakwaan itu.

Sementara itu, peguam plaintif, Haijan Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemfailan saman tersebut, selain memaklumkan mahkamah menetapkan 3 Okt depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad