web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Didenda JPN: 68 Individu Buat Laporan Polis Palsu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:07AM

ACP Beh Eng Lai - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mendakwa menjadi mangsa samun dan ragut, itu antara alasan digunakan 68 individu yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan kad pengenalan diri (MyKad) sejak Januari hingga 21 November lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun itu sebenarnya menggunakan alasan itu bagi mengelakkan didenda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kehilangan MyKad disebabkan kecuaian sendiri.

“Kesahihan setiap laporan polis yang dibuat itu diketahui selepas pegawai penyiasat menyiasat lanjut berkaitan dengan apa yang dilaporkan oleh pengadu.

“Kejadian yang dilaporkan hanyalah rekaan semata-mata dan kehilangan MyKad berlaku adalah atas kecuaian sendiri,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini semalam.

Eng Lai berkata daripada 68 kertas siasatan yang dibuka, sebanyak 59 telah dituduh di mahkamah manakala sembilan lagi sedang disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Pihak polis memandang serius perkara ini kerana individu tidak bertanggungjawab membuat laporan palsu akan membazirkan masa, tenaga pegawai penyiasat dan wang kerajaan untuk menyiasat kes tidak wujud,” katanya.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar