web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Lelaki Ditahan Merusuh, Polis Buru ‘Jipun’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:20PM

Peter menunjukkan gambar wajah ‘Jipun’ atau Jumadi Baba yang diburu polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tujuh lelaki ditahan polis selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan berkumpulan di Taman Traulsen, Jalan Persisiran, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat kes pergaduhan itu di lokasi kejadian, sebelum video berkaitan tular di media sosial.

“Sebaik video pergaduhan tersebar, polis memulakan siasatan dan mengenal pasti mereka yang terlibat kira-kira jam 7 malam semalam.

“Polis kemudian membuat serbuan dan berjaya menahan tujuh lelaki termasuk dua warga asing berusia 23 hingga 38 tahun di beberapa lokasi berbeza bagi membantu siasatan,” katanya menerusi sidang media, hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek  dikenali sebagai Jumadi Baba, 35, atau Jipun masih diburu polis bagi membantu siasatan.

Menurut Peter, motif kejadian difahamkan berpunca daripada perselisihan faham ketika mahu menarik kereta seorang daripada suspek, sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

“Polis tidak menolak kemungkinan mereka juga turut disiasat atas kesalahan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Peter berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Jumadi Baba diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Semua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis,” katanya.

Terdahulu, beberapa video tular berkaitan pergaduhan kumpulan lelaki berkenaan di tepi jalan raya, semalam.

Turut kelihatan beberapa suspek menggunakan peralatan seperti kayu, tali pinggang dan senjata tajam.

Video tersebut turut mendapat reaksi netizen yang mahukan pihak berkuasa menangani masalah tersebut kerana ia membabitkan rusuhan dan menggunakan senjata. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar - Polis

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar