web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 2:53PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan individu yang dinamakan sebagai ‘Mr H’, yang didakwa ada kaitan dengan video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang kakitangan J-KOM.

Tanpa mendedahkan identiti Mr H itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu tersebut dipanggil selepas pihaknya menerima maklumat daripada Mohammad Agus ketika diambil keterangan semalam.

“Ada beberapa individu lagi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohammad Agus tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam, bagi memberi keterangan kali kedua berhubung kes video perbualan mirip dirinya dengan seorang kakitangan J-KOM.

Ketika keterangan tersebut diambil, Mohammad Agus dilaporkan berkata, telah mendedahkan identiti individu digelar ‘Mr H’, yang dikaitkan dengan kes berkenaan kepada polis dan turut membuat laporan terhadap pemilik akaun TikTok ‘Raja Petra’ susulan penularan satu video TikTok, yang mendedahkan maklumat peribadinya.

Dalam perkembangan sama, Razarudin berkata, pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani digesa tampil bagi membantu siasatan kes video terbabit.

“Setakat ini tiada laporan polis berkaitan ancaman keselamatan dibuat oleh Wahab dan kita minta beliau tampil segera untuk membantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Razarudin berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung kebocoran salinan laporan polis Mohammad Agus yang tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lalu di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Mr H' Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Ketua Pengarah J-Kom Selesai Beri Keterangan, Dedah Identiti 'Mr H'

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam