web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Rumah Terbakar, 77 Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 1:21PM

Keadaan rumah yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 11 buah rumah di Kampung Kinabutan Besar pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 77 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5 di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Julius John Stepen berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.21 pagi dan 20 anggota serta pegawai kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bomba memulakan operasi pemadaman menggunakan sumber air sungai, dalam kejadian ini 10 rumah dan enam kereta telah terbakar," katanya dan menambah kebakaran berjaya dikawal pada 6.50 pagi sebelum operasi ditamatkan 11.27 pagi tadi.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, seorang mangsa Mansur Taming, 40, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata dan semua barang termasuk dokumen penting tidak dapat diselamatkan.

“Ketika kejadian saya baru lepas solat subuh di bilik dan tiba-tiba saya mendengar abang ipar menjerit kebakaran, saya berlari keluar dan melihat api sudah marak di ruang tamu, saya terus ke tandas mengambil baldi berisi air.

“Saya menyimbah air beberapa kali di ruang tamu, tetapi api merebak begitu pantas, kemudian saya berlari keluar menyelamatkan diri dengan sehelai sepinggang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Bagi Dermawati Subuh, 33, jeritan tiga anak kecilnya memberitahu ada asap di ruang tamu mengejutkan dirinya yang sedang mengemas bilik pada ketika itu.

“Tiba-tiba kesemua mereka masuk ke bilik dan menjerit ada asap, saya keluar dan tengok ruang tamu penuh asap dan ada api, saya cuba juga padamkan api tapi abang suruh saya keluar segera dari rumah dan selamatkan tiga anak, saya tidak sempat ambil barang lain termasuk dokumen penting,” katanya lagi.

Seorang lagi mangsa Azman Damit, 32, berkata jeritan jiran yang kuat mengenai kebakaran itu membuatkannya terus keluar menyelamatkan diri bersama ibu, bapa dan adik lelakinya.

“Saya cuba masuk semula untuk menyelamatkan beberapa dokumen penting tetapi tidak sempat kerana api sudah mulai marak,” katanya dan menambah rumah abang serta dua sepupunya turut musnah dalam kebakaran itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar