Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Penularan COVID-19 Belum Stabil Tapi Terkawal - Pengarah Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 2:16PM

Pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab pada PRN Melaka esok diminta mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Esok, rakyat Melaka termasuk pengundi yang menetap di luar negeri itu akan menjalankan tanggungjawab dengan memilih calon wakil rakyat dikehendaki sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Serentak dengan ancaman COVID-19, pastinya wujud kebimbangan orang ramai terhadap jumlah jangkitan virus maut itu di negeri tersebut, apatah lagi apabila ia menunjukkan peningkatan sejak hari penamaan calon 8 November lalu.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), situasi penularan COVID-19 di negeri itu masih belum stabil tetapi dalam keadaan terkawal.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, terdapat petanda membimbangkan seperti peningkatan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19.

"Kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, jumlah kematian, dan kadar jangkitan yang memerlukan rawatan di ICU menunjukkan pola penurunan, namun Rt mencatatkan peningkatan kepada 0.97 pada 12 November lalu.

"Situasi ini membimbangkan kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat, seterusnya risiko pendedahan lebih tinggi untuk dijangkiti virus itu," katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa, supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengelakkan kesesakan katil hospital akibat lambakan pesakit COVID-19 kembali berulang pada masa hadapan.

Katanya lagi, jangkitan baharu COVID-19 dari 7 sehingga 13 November lalu di Melaka menunjukkan penurunan sebanyak tujuh peratus iaitu daripada 1,400 pada minggu sebelumnya kepada 1,300 dan purata kes aktif pula menurun 8.7 peratus kepada 2,809.

“Penurunan kes aktif ini dilihat konsisten sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-40. Malah bilangan kematian turut menunjukkan penurunan sebanyak 33 peratus daripada enam kepada empat.

“Purata tujuh hari bagi kes memerlukan rawatan di ICU serta alat bantuan pernafasan turut mencatatkan penurunan, masing-masing berkurangan 11.8 dan 14.3 peratus,” katanya.

Namun Dr Rusdi berkata, kadar insiden purata kes tujuh hari masih tinggi iaitu 19.9 per 100,000 penduduk pada ME ke-45 (7 hingga 13 November).

“Kadar insiden jangkitan COVID-19 di negeri ini bagi tempoh 14 hari (4 sehingga 18 November) adalah 290 per 100,000 penduduk dan menduduki tangga kelima tertinggi dalam negeri di Malaysia.

“Rt di negeri ini turut menunjukkan trend tidak stabil dalam masa dua minggu namun lebih rendah dari Rt Malaysia. Begitupun trend kematian menurun secara berterusan dari ME-26 sehingga kini dan trend kes sembuh berterusan melebihi kes baharu,” katanya.

Mengulas mengenai kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital, Dr Rusdi berkata, hanya tujuh daripada 198 kes yang dimasukkan ke hospital adalah pesakit kategori tiga hingga lima setakat 13 November lalu.

Katanya lagi, jumlah kes aktif yang dimasukkan ke hospital dari ME ke-39 ke ME ke-45 pula menunjukkan pola penurunan, dengan 494 daripada 1,328 kes sedang menerima rawatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta di negeri tersebut.

"Daripada jumlah itu, 389 pesakit adalah kategori satu dan dua yang tidak dapat menjalani kuarantin di rumah, 31 pesakit kategori tiga dan 59 pesakit kategori empat.

“Seramai 15 pesakit pula kategori lima manakala baki 834 kes kategori satu dan dua sedang menjalani kuarantin kendiri melalui pemantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC),” katanya.

Beliau turut memaklumkan kapasiti maksimum katil penjagaan kritikal bagi kes COVID-19 di Melaka adalah 90 bagi empat hospital kerajaan dan enam katil di hospital swasta.

“Purata penggunaan katil penjagaan kritikal bagi seminggu adalah pada kadar 23 peratus.

"Bilangan mesin bantu pernafasan adalah 96 unit dan mencukupi buat masa ini," katanya.

Dalam perkembangan lain Dr Rusdi berkata, pihaknya sudah memulakan beberapa langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan berlakunya peningkatan kes susulan PRN Melaka.

“Antaranya, bilangan jumlah katil untuk pesakit COVID-19 ditambah kepada 721 di Hospital Melaka.

“Hospital swasta juga dimohon bersiap sedia untuk menerima pesakit COVID-19 jika ada pesakit yang ingin dirawat di fasiliti swasta atas tanggungan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Hospital Melaka turut mempunyai fasiliti Hospital Medan MERCY Malaysia yang boleh merawat seramai 75 pesakit bagi mengurangkan beban pihak hospital.

“Pihak Kesihatan Awam menutup kebanyakan pusat pemberian vaksin awam bagi membolehkan mobilisasi kakitangan kesihatan ke PKRC MITC, Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, CAC COVID-19 dan aktiviti saringan kontak kes COVID-19.

“Survelan SARI di Hospital Melaka dan survelan ILI di KK Peringgit dan KK Jasin dijalankan untuk memperkukuhkan sistem pengesanan awal jangkitan kes sporadic COVID-19 dan pengesanan varian baharu dalam komuniti supaya sentiasa cekap dan berkesan,” katanya. - Getaran, 19 November 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 11 jam yang lalu

Chegu Bard Akan Berdepan 1 Lagi Pertuduhan Di Mahkamah Berkait Isu Forest City

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad