web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tutup Perniagaan Tindakan Mundur, Jejas Periuk Nasi - PRESMA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 5:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan semula kes COVID-19 beberapa hari lalu turut menyaksikan kenaikan jumlah kematian yang mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Kerisauan itu dirasai bukan sahaja oleh masyarakat umum, tetapi golongan usahawan yang susah hati jika operasi perniagaan sekali lagi terpaksa dihentikan.

Walaupun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid memberi jaminan ketika sesi Parlimen baru-baru ini bahawa sektor ekonomi tetap beroperasi seperti biasa sekiranya pergerakan negara kembali dihadkan, penggiat bidang itu tetap melahirkan kebimbangan kerana tindakan seumpamanya pernah dilaksanakan sebelum ini.

Mengulas kebimbangan itu, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata sekiranya sektor perniagaan ditutup kembali, tindakan itu akan membebankan penggiatnya, terutama mereka yang baharu hendak menarik nafas lega untuk merancakkan bisnes masing-masing selepas pendapatan terjejas beberapa bulan.

Ahmad Yazid Othman
Ahmad Yazid Othman

“Jika sektor perniagaan ditutup, ini adalah langkah keterbelakangan dan kesannya teruk kerana masih ramai mengalami kesukaran sumber kewangan. Benda ini akan menghimpit mereka.

“Ini akan menakut-nakutkan peniaga yang baharu sahaja hendak masuk ‘gear tiga’ untuk merancakkan perniagaan masing-masing,” katanya kepada Getaran.

Ahmad Yazid berkata, penutupan sektor perniagaan juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Tindakan tersebut jelas beliau, akan mengganggu-gugat perancangan kerajaan daripada segi tumpuan terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi untuk tahun depan.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan sememangnya tegas dalam menghayati maksud bahawa COVID-19 bukan lagi pandemik, sebaliknya memasuki fasa endemik.

“Penghayatan ini memerlukan kerajaan melakukan segala yang terbaik untuk memastikan negara tidak kembali ke zaman pandemik yang membabitkan terlalu banyak sekatan pergerakan.

“Sekiranya sekatan pergerakan ini terpaksa dilakukan, pastinya ramai sedia maklum kadar bantuan memang tidak mencukupi dalam membantu golongan terkesan,” katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata penutupan sektor perniagaan untuk mengekang peningkatan semula kes COVID-19 bukan jalan penyelesaian kerana banyak pendekatan lain boleh dipraktikkan.

Datuk Jawahar Ali
Datuk Jawahar Ali

Menurut beliau, kadar vaksinasi yang tinggi dan ketegasan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diyakini mampu mengekang kenaikan kes apabila digabungkan dengan kehidupan norma baharu.

“Sekarang ini pun pelanggan yang datang ke restoran kami sudah tidak lagi melepak dengan lama, menonton perlawanan bola dan menggunakan wifi, sebaliknya datang semata-mata makan sebelum pulang.

“Budaya makan di kedai mamak memang sudah berubah dan berbeza sejak pandemik. Jadi ini boleh dibudayakan dan memelihara keselamatan, sekali gus mengelakkan pertambahan jangkitan COVID-19,” katanya.

Namun Jawahar Ali berkata, beliau secara peribadi merasakan kerajaan tidak akan mengambil tindakan menutup sektor perniagaan, terutama restoran mamak kerana keputusan itu umpama ‘menutup periuk nasi’ pengusaha.

“Masa perintah kawalan pergerakan pertama, mungkin kami (pengusaha) boleh meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Bila perintah ini dibuat kali kedua, boleh gunakan simpanan atau golok gadai melakukan pinjaman, tetapi jika sekali lagi dilaksanakan apa lagi (pilihan) yang kami ada, tak akan nak menjual buah pinggang?

“Sekarang ini pun kami tidak minta dilanjutkan waktu perniagaan dan saya sendiri berpandangan tidak setuju tempoh operasi ditetapkan 24 jam, terutama apabila jumlah pekerja berkurangan, jadi jangan susahkan perniagaan kami, biar kami selesa bernafas,” katanya.

Tegas beliau, punca peningkatan kes COVID-19 tidak harus diletakkan di bahu pihak tertentu sahaja, termasuk kepada perniagaan restoran mamak yang didakwa sebagai pencetus pandemik itu.

“Apabila kerajaan prihatin membenarkan makan di restoran, ramai melatah kerana kononnya keputusan itu meningkatkan kes terutama disumbangkan restoran mamak.

“Namun, sampai hari ini tidak ada kluster kes jangkitan di disumbangkan pelanggan yang hadir ke restoran mamak.

“Jangan sasar restoran mamak sahaja kerana jika ditutup maknanya kami ini sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad