Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skuad 'The City Boys' Menang Bergaya Ke Atas Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Nov 2021 8:22AM

KL City FC menewaskan Selangor FC pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium MBPJ, malam tadi. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan cantik masing-masing pada babak pertama dan kedua memastikan Kuala Lumpur (KL) City FC merakam kemenangan bergaya 2-0 ke atas Selangor FC pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Kejayaan pada pertembungan 'derby’ Lembah Klang itu menyaksikan skuad 'The City Boys' akhirnya mencatat kemenangan pertama di tempat lawan berdepan Selangor FC dalam mana-mana pertandingan selepas lebih dua dekad.

Pada aksi tersebut, Romel Morales mengejutkan Selangor FC menerusi tandukan padu pada minit ke-14 sekali gus mengubati kehampaan apabila jaringannya pada minit ke-10 dibatalkan pengadil perlawanan Mohd Nafeez Abd Wahab susulan kekasaran yang berlaku dalam kotak penalti pasukan lawan.

Kedudukan itu kekal hingga menghampiri masa penuh permainan sebelum Muhammad Hadin Azman mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-82 untuk memberikan bekalan selesa kepada KL City FC menjelang pertembungan suku akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Khamis ini.

Turut melakar kejayaan adalah Terengganu FC (TFC) yang memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas mengatasi Sarawak United FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, sekali gus selangkah untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

TFC terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi pemain kebangsaan, Muhammad Faisal Abdul Halim yang melakukan larian pantas sebelum merembat bola dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Namun, kesilapan pertahanan TFC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni yang tertanduk gol ke gawang sendiri pada minit ke-21 menghadiahkan gol penyamaan buat pasukan pelawat, sekali gus 'membunuh' kegembiraan 8,700 penyokong yang hadir.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu yang turun dengan misi mencari bekalan selesa untuk dibawa ke aksi kedua tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kemenangan apabila Mohd Faiz Nasir melepaskan rembatan deras dari dalam kotak penalti pada minit ke-51.

Baki babak kedua menyaksikan TFC terus mendominasi permainan dan memperoleh beberapa peluang keemasan untuk menambah gol, tetapi gagal disempurnakan sekali gus kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, tonggak import Melaka United FC Sony Norde memastikan rentak cemerlang skuad 'Sang Kancil' dalam kempen Piala Malaysia beterusan selepas menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukan mengatasi Sabah FC 1-0.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama permainan yang berlangsung sengit sebelum satu serangan balas di awal babak kedua bijak disudahkan Norde pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang menewaskan penjaga gol tuan rumah Rozaimie Rohim.

Kemenangan itu menyaksikan Melaka United FC bimbingan Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen pertandingan itu musim ini.

Dalam pada itu, aksi tumpuan antara juara 2016 Kedah Darul Aman (KDA) FC dan penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga juara Liga Super musim ini berakhir dengan keputusan 0-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesemua perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung pada Khamis. - Bernama

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Sukan 16 jam yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad