web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unit Udara Bomba Selamat Wanita Cedera Daki Gunung Tahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 5:43PM

Anggota Bomba mengusung Nur Kharatul, yang cedera ke dalam helikopter ketika mendaki gunung di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, hari ini. - Gambar ihsan JBPM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cedera ketika mengikuti aktiviti mendaki gunung di Taman Negara Kuala Tahan, dekat Jerantut, petang tadi. 

Difahamkan, mangsa, Nur Kharatul Shafini, 40 tahun, bersama lapan rakannya dan pemandu arah memasuki kawasan Taman Negara Kuala Tahan pada Isnin lalu, sebelum mengalami kecederaan pada pergelangan kaki dan lutut hingga menyukarkan dia untuk bergerak. 

Penolong Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu petang semalam dan operasi awal bagi mengesan kedudukan mangsa dilakukan tiga pemandu arah melalui trek pendakian Gunung Tahan, sebelum berjaya mengesan mangsa di Kem Botak. 

"Kira-kira jam 8 pagi tadi, sepasukan pegawai dan anggota JBPM bersama anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta orang awam cuba mencari laluan darat untuk membawa keluar mangsa, namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hutan tebal dan laluan yang curam. 

"Kami (JBPM Pahang) kemudiannya memaklumkan Unit Udara JBPM untuk membantu mengesan kedudukan mangsa dan seterusnya  membawa dia keluar dari lokasi kejadian menggunakan helikopter milik jabatan," katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini. 

Ismail berkata, operasi menyelamat dimulakan pada jam 2 petang tadi dan mangsa berjaya dibawa dari Kem Botak, Gunung Tahan kira-kira jam 3 petang. 

Katanya, helikopter yang dikendalikan pegawai bomba, Ahmad Fissol Ismail dan pembantunya, Mohd Ruzaidi Ramlee selamat mendarat di padang sivik Gua Musang, Kelantan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. – Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad