web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fenomena Air Pasang Besar Di Kuala Kedah Antara Yang Terburuk - Penduduk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 12:20PM

Sebahagian penduduk di kawasan Kuala Kedah sedang menimba air keluar dari rumah mereka berikutan berlakunya fenomena air laut pasang besar di sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Fenomena air pasang besar yang melanda beberapa kawasan di negeri ini khususnya di Kuala Kedah, di sini malam tadi disifatkan penduduk sebagai antara yang terburuk pernah berlaku.

Penduduk Kampung Sungai Dua, Kuala Kedah, Ismail Saad, 54, berkata air laut melimpah ke kawasan yang lebih jauh yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menenggelamkan kawasan pinggir pantai dan jalan utama.

“Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, keadaan air kali ini nampak lebih teruk. Air naik lebih tinggi semalam, tak pernah berlaku lagi macam ini, pertama kali ni,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Menurut Ismail, fenomena itu merisaukan penduduk kampung yang mempunyai tanaman dan tanah sawah di kawasan pinggir pantai kerana ia akan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Penduduk Kampung Seberang Kota yang turut terjejas, Muhammad Rizuwan Abdullah, 38, pula berkata kejadian itu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sepenuhnya berbanding tahun sebelum ini apabila hanya sebahagian yang terkesan.

“Selalunya air sampai ke bahagian bilik sahaja, tidak masuk ke bahagian ruang tamu dan dapur, tapi kali ini air masuk ke seluruh bahagian rumah, kawasan sekitar rumah pun tenggelam, tapi keadaan biasanya tidak lama, mungkin tiga jam keadaan air akan surut,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di beberapa kawasan di Kuala Kedah malam tadi mendapati air pasang besar mula berlaku pada kira-kira 9 malam dan mencapai kemuncak pada tengah malam dengan keadaan air bergerak secara perlahan ke kawasan kediaman penduduk.

Pegawai Bahagian Operasi dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar Muhammad Hilmi Yaakob berkata fenomena itu juga telah menyebabkan Pangkalan Nelayan Kampung Seberang Kota ditenggelami air selain beberapa kawasan sekitar Pekan Kuala Kedah dinaiki air setinggi 0.5 meter hingga 0.7 meter.

Bagaimanapun beliau berkata berdasarkan tinjauan dan pemantauan, keadaan itu masih lagi selamat serta terkawal dan pihaknya telah bersedia untuk memindahkan penduduk terjejas sekiranya keadaan memerlukan.

“Sekiranya berada di kawasan yang lebih rendah, (memang) akan terkesan, terutama di kawasan pantai telah tenggelam dan juga di persimpangan untuk ke jeti Kuala Kedah pun air mulai naik, tetapi untuk situasi air pasang besar ini belum ada lagi penduduk yang dipindahkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar