web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Potong Giliran Vaksin, Adu Terus Kepada Saya - KJ

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 3:17PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung cubaan memotong giliran dalam program imunisasi COVID-19 fasa pertama diminta terus mengadukan perkara itu kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Perbuatan itu dianggap satu kesalahan, dan dipandang serius oleh kerajaan, memandangkan keutamaan harus diberi kepada semua petugas barisan hadapan.

Khairy dalam ciapannya di Twitter berkata, beliau mengambil serius terhadap dakwaan queue jumper, selepas didedahkan pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah.

Susulan dakwaan, pelbagai pihak tampil memberi kenyataan dan ia turut dipanjangkan kepada pengetahuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku.

Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya juga memantau rapat komen pemberi maklumat di media sosial berhubung isu berkenaan.

“Maklumat akan disalur terus kepada Datuk Dr Chong DDG (Timbalan Ketua Pengarah KKM) yang turut bersama dalam pasukan khas untuk siasatan. Kami memandang serius terhadap setiap pendedahan.

“Ekuiti vaksin sangat penting,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Rafidah Abdullah dalam ciapannya juga di Twitter berkata, pihaknya menerima banyak maklumat berhubung dakwaan melangkau giliran, dan meminta Khairy untuk menyediakan saluran bebas bagi membolehkan orang ramai membuat aduan.

Dalam ciapan sama, Dr Rafidah turut memuat naik aduan seorang individu berhubung cubaan melangkau giliran membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan yang mahu mendapatkan vaksin untuk 200 ahlinya.

Individu terbabit turut mendakwa, pihak SUK memaklumkan bahawa senarai nama hanya akan disediakan ketika pemberian vaksin itu dijalankan.

Dakwanya lagi, tindakan itu menyebabkan doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai untuk mendapatkan vaksin terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kepada SUK.

Khairy dalam pada itu turut memaklumkan, wakil rakyat adalah golongan yang ditetapkan sebagai penerima vaksin dalam fasa pertama.

“Cuma sekarang ini VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.

“Untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot (sekali gus). Tak bagus,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar