web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM): Apa Lagi MKN Mahu?

Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim (Mat London) mohon segerakan kelulusan SOP aktiviti penggambaran luar.

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 11:20AM

Gambar: Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) merayu Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar segera mempertimbangkan permohonan penggiat industri kreatif untuk membuat penggambaran luar.

Presidennya, Dr. Ahmad Ibrahim berkata MKN perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Penggambaran Luar yang dihantar oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan FDAM sebulan lalu.

“Kami telah memenuhi permintaan MKN iaitu mengemukakan draf SOP. FINAS pun sudah hantar.  Kami bersedia mematuhi segala peraturan dalam SOP termasuk melaksanakan ujian swab COVID-19 terhadap kru dan pelakon.”

“Tapi kenapa MKN masih tidak memberi kelonggaran?  Apa lagi yang MKN mahukan?  Kami hanya mahu kepastian tapi sehingga kini, kami tidak menerima sebarang jawapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Ahmad berkata FDAM sedia berbincang dengan MKN bagi menjelaskan secara terperinci tentang proses penggambaran.

Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim (Mat London)
Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim (Mat London)

“Kami bersedia dipanggil bila-bila masa. Ini hal survival anak seni. Kami tidak mampu lagi menunggu. Selain FDAM, Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia juga menyatakan pendirian yang sama.”

“Sebagai peneraju penggambaran di lokasi, kami para pengarah bertanggungjawab terhadap semua hal produksi.  Sampai bila kami harus menunggu? Sedangkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand pun sudah melonggarkan syarat penggambaran luar,” tambahnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat London berkata penggiat industri seakan-akan mempunyai stigma bahawa industri perfileman tidak pernah dianggap sebagai penyumbang kepada ekonomi negara kerana sering dipinggirkan.

“Mesyuarat dalam dewan pun sudah dibenarkan sampai 300 hingga  500 orang berhimpun.  Kami cuma 30 hingga 40 orang. Itupun dalam kawalan yang ketat.”

“Hanya segelintir produksi yang berupaya melakukan penggambaran dalam premis (indoor). Itu pun terpaksa hadapi berbagai rintangan seperti tuan rumah tidak mahu sewakan kerana takutkan pihak keselamatan datang saman.”

“Jika ada pun, jiran-jiran pula membuat aduan kepada pihak polis. Sangat rumit. FINAS pula tidak menjelaskan definisi ‘indoor’ dengan jelas di dalam SOP terbaharunya. Sangat mengelirukan dan menyusahkan kami, pihak produksi dan anak seni,” akhirinya. – Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad