web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Miliki Pasukan Elit Banteras Pencerobohan Tanah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:26PM

Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sijil tamat latihan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pasukan Elit Penguatkuasa Pahang di Kem Galing, di Kuantan, hari ini 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penceroboh tanah haram di Pahang perlu mengambil langkah lebih berhati-hati berikutan setiap aktiviti mereka kini dipantau unit pasukan elit penguatkuasa kerajaan negeri. 

Pasukan ditubuhkan hasil idea Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu, menjalani latihan intensif kira-kira sebulan yang dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Galing, dekat sini. 

Wan Rosdy berkata, seramai 20 penolong pegawai penguatkuasa dipilih melalui saringan ketat sebelum diberikan latihan asas pengendalian senjata, risikan dan serbuan. 

Beliau berkata, penubuhan unit itu adalah bagi memastikan aktiviti pembalakan dan perlombongan haram di atas tanah milik kerajaan negeri dapat dibanteras bagi mengelakkan kerajaan Pahang terus menanggung kerugian akibat kegiatan terbabit. 

"Kita tidak boleh lagi berada dalam kepompong lama, kena berubah dan dari situlah saya fikir adalah lebih baik jika kita ada satu pasukan elit seperti PDRM untuk membantu tugas penguatkuasaan di Pahang. 

"Jadi, dari situ kita melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada Jun lalu membuat keputusan untuk menubuhkan pasukan elit ini bagi memastikan usaha kerajaan negeri mengurangkan aktiviti pencerobohan tanah secara haram dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Pasukan Elit Penguatkuasa Pahang 2021 di sini, hari ini. 

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yousuf. 

Wan Rosdy berkata, pasukan elit itu ditempatkan di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan membantu unit penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta agensi lain dalam menjalankan tugas risikan dan serbuan. 

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM2 juta setahun bagi memastikan pasukan elit itu dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, di samping memberikan latihan secara berterusan kepada mereka untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi berdepan cabaran ketika menjalankan tugas. 

"Saya tidak pasti mengenai kewujudan pasukan sama di negeri lain, tapi bagi saya, penubuhan pasukan elit ini adalah bukti jelas bahawa kita sangat serius untuk memastikan mereka (penceroboh tanah kerajaan negeri) tidak lagi bebas berbuat sesuka hati di Pahang. 

"Walaupun kita sudah meminda undang-undang dengan mengenakan kompaun lebih tinggi, hingga mencecah RM500,000 kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan (menceroboh tanah secara haram), namun ia nampaknya tidak terlalu berkesan, jadi bila ada pasukan elit seperti itu, kita harap kegiatan menceroboh tanah dapat dikurangkan kalau tidak dapat dihapuskan sepenuhnya," katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad