web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman-Taman Negara Johor Dibuka Bermula November

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 4:34PM

Taman Negara Johor Endau-Rompin - Gambar dari Johor National Parks

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Antara lokasi di Johor yang sentiasa menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara adalah Taman-Taman Negara Johor.

Taman Negara Johor Endau-Rompin PETA, Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Taman Negara Johor Gunung Ledang, Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Taman Negara Johor Pulau Kukup ialah antara destinasi yang tidak pernah sunyi daripada kunjungan orang ramai.

Selepas ditutup akibat pandemik COVID-19, semua lokasi berkenaan sudah bersedia untuk menerima kedatangan pengunjung sebaik dibenarkan beroperasi semula 1 November depan.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hanis Musalman Salehan berkata, pembukaan Taman-Taman Negara Johor termaktub di bawah garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Berita baik buat semua pengunjung termasuk pencinta alam semula jadi, Taman-Taman Negara Johor menanti kedatangan anda semua.

"Pembukaan Taman-Taman Negara Johor adalah selaras dengan kebenaran yang termaktub di bawah garis panduan MKN," katanya di sini.

Kebenaran itu bagaimanapun dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pembukaan sepenuhnya dan aktiviti bersifat terhad.

Taman Negara Tanjung Piai
Taman Negara Tanjung Piai

Menurut Hanis Musalman, Taman Negara Johor Endau-Rompin PETA, Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Taman Negara Johor Tanjung Piai dibuka sepenuhnya, manakala Taman Negara Johor Pulau Kukup pula hnya dibuka untuk aktiviti memancing dan menaiki bot.

“Taman-Taman Negara Johor bukan sahaja merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan yang terkenal di Malaysia, malah kaya dengan keindahan flora dan faunanya.

"Pastinya pengunjung dari pelbagai negeri termasuk rakyat Johor sendiri sudah tidak sabar untuk berkunjung ke Taman-Taman Negara Johor bersama keluarga dan sahabat untuk percutian serta melakukan pelbagai aktiviti menarik," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, orang ramai perlu mematuhi syarat ditetapkan, antaranya melengkapkan dos vaksin masing-masing dan sentiasa menggunakan pelitup muka.

"lndividu yang sudah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa masuk anak-anak berusia 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pematuhan SOP ketat" jelasnya.

Taman Negara Johor Pulau Kukup
Taman Negara Johor Pulau Kukup

Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang juga Penaung Diraja PTNJ berkata, Taman-Taman Negara di negeri ini bukan sahaja menjanjikan sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik buat pengunjung, malah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Tunku Idris Iskandar berkata, Taman-Taman Negara Johor sememangnya menerima ribuan pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan bersama keluarga, rakan-rakan atau secara berkumpulan.

“Selepas ditutup hampir enam bulan disebabkan pandemik COVID-19, kini Taman-taman Negara Johor akan beroperasi semula bermula 1 November dan saya pasti sememangnya ramai yang menantikan berita baik ini.

“Pada masa sama, saya berharap pengunjung akan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PTNJ serta sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri,” kata Tunku Idris Iskandar.

 Air terjun di Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai
Air terjun di Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai

Tunku Temenggong Johor berkata, kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara akan merancakkan kembali sektor pelancongan Johor serta berupaya membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Saya amat menggalakkan orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi negeri Johor di Taman-Taman Negara ini.

"Kedatangan pengunjung bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat, tetapi juga pendapatan kepada PTNJ untuk meneruskan usaha konservasi alam sekitarm tetapi pada masa sama, bersama-sama kita menjaga kebersihan dan keindahan Taman-taman Negara Johor,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang PTNJ di www.johornationalparks.gov.my – Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 3 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad