web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Dibuka, Keghairahan Orang Ramai Buat Persiapan Berkurangan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 9:03AM

Meskipun diberikan kelonggaran memakai baju biasa, ada ibu bapa yang tetap membeli pakaian seragam untuk anak mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Keghairahan orang ramai dalam membeli kelengkapan sekolah anak masing-masing bagi sesi pembelajaran 2021 dilihat berkurangan, serentak dengan kebenaran diberikan kerajaan untuk pelajar menggunakan pakaian harian yang bersopan.

Walaupun sesi persekolahan secara bersemuka tahun ini akan bermula esok, tinjauan Getaran di beberapa kedai menjual pakaian dan peralatan sekolah mendapati, situasi membeli tidak serancak dahulu.

Suasana suram itu berkemungkinan disebabkan ibu bapa masih belum bersedia susulan pengumuman pembukaan sesi persekolahan secara mengejut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada minggu lalu.

Seorang ibu, Nurul Aini Ahmad Bakri, 33, berkata beliau menggunakan cuti hari minggu untuk membeli peralatan persekolahan termasuk pakaian sekolah anaknya yang bakal memasuki Darjah Satu tahun ini.

Katanya, persiapan ini penting supaya anaknya dapat merasai suasana persekolahan seperti dilalui kanak-kanak yang berusia tujuh tahun.

"Walaupun pembelian ini boleh dikatakan di saat akhir, saya tetap mahu berbuat demikian supaya anak dapat merasai pengalaman menjejakkan kaki ke alam persekolahan seperti sebelumnya.

"Hampir dua bulan terpaksa 'menghadiri' sesi persekolahan secara maya sebenarnya satu pengalaman baharu juga, tetapi pastilah berbeza dengan menghadiri sesi persekolahan sebenar," katanya.
Nurul Aini berkata, walaupun kerajaan memberikan kelonggaran dari segi pemakaian pakaian seragam, ia masih perlu dibeli kerana kelonggaran itu hanya berkuat kuasa sehingga akhir Mac sahaja.

Sementara itu, seorang bapa, Mohd Yusof Adlan, 37, berkata pakaian sekolah anak sulungnya yang berusia tujuh tahun sudah dibeli sejak Disember tahun lalu sebelum kerajaan mengumumkan penutupan sekolah susulan PKP 2.0.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan PKP 2.0 membuatkan beliau mengambil keputusan menangguhkan pembelian peralatan lain kerana menjangkakan sesi persekolahan akan ditutup lebih lama.

"Apabila kerajaan mengumumkan sesi persekolahan dibuka semula, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk membeli peralatan yang masih belum lengkap.

"Selain itu, anak saya juga teruja mahu berkenalan secara bersemuka dengan rakan-rakan sekelasnya yang sebelum ini hanya dilihat menerusi komputer riba," katanya.

Kerajaan minggu lalu mengumumkan, sekolah rendah, kolej vokasional dan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan umum masing-masing akan dibuka pada 1 dan 8 Mac ini.

Kumpulan yang akan mula bersekolah pada 1 Mac ini ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.

Pelajar kolej vokasional bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun Satu Semester Dua dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun Satu Semester Dua pula akan hadir ke institusi masing-masing pada 1 Mac ini. - Getaran, 28 Februari 2021

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad