web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Mangsa COVID-19 Terbiar Di Hospital P Pinang - Exco

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 12:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pihak berkuasa di Pulau Pinang berdepan dengan situasi di mana sekurang-kurangnya 17 mayat mangsa COVID-19 tidak dituntut dan terbiar di Rumah Mayat Hospital Pulau Pinang.

Exco Kebajikan Masyarakat dan Persekitaran Phee Boon Poh berkata beberapa mayat tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan dan dipercayai pendatang asing.

Pihak berkuasa tempatan gagal mendapatkan pelepasan daripada kedutaan berkenaan untuk mayat tersebut dikebumikan atau dibakar.

Pelepasan tersebut diperlukan untuk menentukan sama ada mayat tersebut beragama Islam atau tidak untuk diberi upacara pengebumian yang sepatutnya.

Boon Poh berkata yang di bawah garis panduan baharu dibuat kerana pandemik COVID-19, mayat-mayat tersebut boleh dibakar.

Satu laporan polis telah dibuat untuk setiap kes, dengan kematian tersebut dan gambar mayat mangsa didokumentasikan dan difailkan, katanya kepada The Vibes.

Untuk menghormati mayat yang tidak dikenali, upacara sederhana akan diadakan sebelum pembakaran dilakukan.

Namun begitu, kerajaan negeri masih mengalami masalah di mana harus abu disimpan, kerana tiada lokasi untuk bekas abu mayat ditempatkan.

Kerajaan negeri sekarang menggunakan fasiliti komuniti swasta untuk menyediakan ruang penyimpanan ‘kos rendah’ untuk bekas abu tersebut sehingga waris menuntutnya.

“Saya terpaksa meminta Jirat Hokkien (UHC) untuk membantu menyediakan tempat penyimpanan kos rendah untuk bekas abu mayat tersebut.

“Ruang columbarium berharga beberapa ribu ringgit dengan lokasi yang paling dikehendaki boleh menelan belanja sehingga RM30,000.

“Kami harus meletakkan bekas abu mayat tersebut di satu lokasi, itulah sebabnya saya meminta Krematorium Batu Gantung (di bawah UHC) untuk menempatkan bekas abu mayat tersebut di lokasi mereka,” kata Boon Poh.

Phee Boon Poh - Gambar dari CMO
Phee Boon Poh - Gambar dari CMO

Satu lagi pilihan yang lebih mudah adalah untuk menabur abu tersebut di laut, tetapi Boon Poh percaya adalah tidak adil untuk berbuat begitu.  

Beliau mahu memastikan jika ahli keluarga pesakit mencari mangsa, mereka boleh mengecam dan abu mereka pulang, kata Boon Poh.

Kadar kematian di Pulau Pinang adalah tinggi, ia boleh memakan masa sehingga seminggu untuk membakar mayat kerana satu-satunya krematorium di negeri itu yang mengendalikan mayat mangsa COVID-19 terletak di Batu Gantung.

Boo Poh pernah menyaksikan 27 mayat dibakar dalam satu hari. Keadaan begitu mendesak sehingga mayat harus dihantar ke krematorium lain di Kulim dan Taiping.

Di Bukit Gantung hanya terdapat empat insinerator untuk kes COVID-19 dan setiap satu memerlukan masa selama empat jam sebelum boleh membakar mayat seterusnya.

Ini kerana ia perlu disanitasi dan memastikan mesin yang berusia 18 hingga 20 tahun itu tidak rosak.

Sehingga kini, Pulau Pinang, telah mencatatkan 1,530 kematian disebabkan COVID-19, 10.6% daripada kes ini terdiri daripada bukan rakyat Malaysia. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar