web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelulusan Vaksin Sinovac Perlu Penilaian Proses Pengilangan - Khairy

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 12:06PM

Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini perlu terlebih dahulu melalui proses pengilangan oleh syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalseliaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata proses pengilangan tersebut merupakan antara kriteria yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum memberikan syor kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kelulusan.

"Sebab itu ramai tanya kenapa hari ini kita terima vaksin yang masih belum diluluskan badan pengawal selia. Ini disebabkan proses kelulusan daripada badan pengawal selia mesti melihat bagaimana vaksin ini dibotolkan baru boleh diberi kelulusan.

"Ini apa yang disebut, bertujuan untuk menyediakan data permohonan pendaftaran dan menjalankan proses validasi, perjalanan sijil analisa produk yang siap dan melihat kepada data kestabilan dari kilang," kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima vaksin Sinovac daripada Duta China, Ouyang Yujing di Sepang, hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima vaksin Sinovac daripada Duta China, Ouyang Yujing di Sepang, hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Sinovac yang  dibangunkan firma farmaseutikal China itu secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Beijing, China, pagi tadi.

Khairy menegaskan bahawa penilaian berkenaan perlu dibuat bagi memastikan vaksin yang dibotolkan di kilang Pharmaniaga, sama dari segi kualiti dan potensi sebagaimana dihasilkan pengilang vaksin itu di China.

"Ini membolehkan data ujian-ujian klinikal ke atas manusia yang dijalankan menggunakan produk dihasilkan pengilang di China digunakan Pharmaniaga untuk sokong produk mereka supaya selamat dan berkesan," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa vaksin berkenaan diterima terlebih dahulu oleh Malaysia walaupun belum diluluskan badan pengawalseliaan negara kerana mendapati bekalan vaksin COVID-19 dunia ketika ini terhad.

Khairy turut memberi contoh, Singapura yang juga menerima vaksin tersebut dalam bentuk keluaran siap walaupun belum mendapat kelulusan daripada badan pengawalseliaan mereka.

"Kita nak pastikan walaupun kelulusan badan pengawalseliaan belum diberi, kita beri kebenaran bawa masuk (vaksin Sinovac) supaya dapat diuji kestabilannya di kilang. Jadi bila diluluskan NPRA dan PBKD maka vaksin dah ada sini, senang untuk kita teruskan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad