web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM, KKM Bincang Tiada Penggiliran Untuk Pelajar Tingkatan 5

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 11:41AM

Mohd Radzi Md Jidin bersama dengan murid Tahun Satu, Aidil Shahfitri, ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMPIN - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin.

“Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimbangkan untuk tiada penggiliran.

“Mungkin dimulakan dengan pelajar Tingkatan Lima seperti dilaksanakan untuk pelajar (mengambil peperiksaan) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin pagi ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata seramai 339,951 murid layak hadir ke sekolah di negeri-negeri yang mencapai Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu di Negeri Sembilan, Labuan dan Langkawi bermula semalam dan hari ini.

KPM sebelum ini membenarkan pembukaan sekolah rendah bagi murid tahap satu di negeri-negeri yang telah mencapai Fasa Empat PPN.

Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) penggiliran pelajar ke sekolah, berjalan lancar termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum hadir ke sekolah secara bersemuka.

Beliau berkata menerusi PdPR guru akan memaklumkan kepada setiap kumpulan pelajar mengenai persediaan yang perlu dilaksanakan sebelum sesi PdP bersemuka bermula pada minggu berikutnya.

“Apabila murid datang ke sekolah pada minggu berikutnya, guru akan membantu mereka memahami topik atau perkara mereka dapati sukar difahami melalui PdPR,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad