Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ketegasan Khairy Kasar, Tapi Wajar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 7:33AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan akan ‘menyusahkan’ hidup anti vaksin supaya mereka tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap imunisasi COVID-19, mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat.

Bagi penerima lengkap vaksin berkenaan, kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu sudah tentu memberi kelegaan demi keselamatan dan mengurangkan risiko jangkitan, selain ‘penghargaan’ kerana menyahut serta berusaha membantu kerajaan menangani pandemik yang melanda negara lebih setahun lalu.

Namun, menerusi maklum balas diberikan kumpulan anti vaksin terutama di media sosial, apa diucapkan Khairy dianggap sebagai ‘kekejaman’ dan ‘ketidakadilan’ kerajaan terhadap hak asasi manusia.

Di sebalik isu berkenaan, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis menyambut baik ketegasan Khairy kerana langkah itu disifatkan mampu memelihara keselamatan penerima vaksin dan membantu mempercepatkan usaha negara untuk bebas daripada kemelut pandemik COVID-19.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kenyataan Khairy itu wajar memandangkan negara berdepan kumpulan anti vaksin yang mempengaruhi orang ramai menerusi penyebaran berita palsu mengenai vaksin COVID-19.

Jelasnya, sikap kumpulan anti vaksin itu berbahaya kerana turut berisiko membawa masalah kesihatan lebih teruk kepada individu rentan yang sememangnya memerlukan vaksin untuk mengelakkan implikasi serius bagi penyakit sedia dihadapi, namun bertindak menolak vaksinasi kerana terpengaruh dengan dakyah disebarkan.

Malah Mohd Yusof berkata, masyarakat secara majoriti mahu memperoleh kehidupan normal dan bergerak bebas seperti dahulu, justeru kerajaan perlu melaksanakan pendekatan terbaik untuk mengembalikan keadaan itu, termasuk bertindak tegas terhadap kumpulan anti vaksin yang berkemungkinan membantutkan usaha berkenaan.

“Mungkin ada menganggap kenyataan Khairy agak kasar, tetapi sebenarnya wajar kerana kerajaan berdepan masalah dakyah kumpulan anti vaksin ini. Kita mahu masyarakat bebas COVID-19, tetapi pada masa sama wujud kumpulan seperti ini yang boleh membantukan usaha kerajaan, sekaligus menyukarkan imuniti kelompok dicapai.

“Kita tengok negara lain sudah bebas, contohnya Arab Saudi boleh solat rapat, tetapi negara kita masih tidak melaksanakannya lagi kerana belum capai sasaran,” katanya.

Mohd Yusof berkata, walaupun anti vaksin mempunyai hak dan pandangan untuk menolak vaksin, tetapi itu bersifat peribadi serta tidak sepatutnya cuba mempengaruhi atau menakut-nakutkan orang lain untuk tidak menerima imunisasi.

“Mereka (anti vaksin) tidak boleh menjadikan hak ini sebagai satu unsur mempengaruhi masyarakat, tambahan sekarang ini masyarakat terdedah dengan pandemik dan mereka mahu bebas.

“Tetapi, disebabkan segelintir individu tidak mempunyai pengetahuan meluas, mereka terpengaruh dengan dakyah kumpulan anti vaksin ini dan akhirnya terjebak dengan masalah, seperti tidak boleh rentas negeri serta memasuki premis,” katanya.

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng

Mengulas isu sama, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, tindakan tegas sememangnya wajar dikenakan ke atas kumpulan anti vaksin yang seolah-olah menyalahgunakan hak berhubung pengambilan vaksin.

Kumpulan anti vaksin katanya, harus sedar kegagalan mereka mematuhi hak asasi diri sendiri dengan melakukan perjalanan atau aktiviti tidak dibenarkan kerajaan ke atas mereka, sebenarnya turut mengganggu gugat hak orang lain.

Tindakan kumpulan anti vaksin itu, katanya, boleh membawa risiko penyebaran penyakit dan mengancam keselamatan awam masyarakat.

“Mereka (anti vaksin) kena faham, apa dimaksudkan hak asasi dalam isu pengambilan vaksin ini adalah hak dia terhadap diri sendiri, jadi mereka kena kawal tindakan dan pastikan apa dilakukan tidak membawa risiko penyebaran penyakit kepada orang lain, termasuk kenyataan dikeluarkan atau pergerakan. 

“Kalau dia berkurung dalam gua seorang diri tak apa lah nak cakap soal hak, tetapi jika keluar ke tempat awam atau pergi pasar, mereka dah mengganggu hak orang lain jadi kenalah ambil vaksin. Wajar tindakan tegas dikenakan sebab mengganggu hak dan majoriti rakyat,” katanya.

Chee Heng berkata, kumpulan anti vaksin dicadangkan menunjukkan fakta dan bukti kukuh bagaimana cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 di sebalik usaha sedang dilaksanakan negara ketika ini.

“Gunakan ‘kebijaksanaan’ mereka untuk memberi saranan dan membantu kerajaan mengenai kaedah paling sesuai serta berkesan untuk menangani pandemik,” katanya.

Pada masa sama, Chee Heng berkata, kumpulan anti vaksin yang menolak imunisasi tanpa bukti perubatan turut dinasihatkan peka terhadap risiko jangkitan COVID-19 kepada orang tersayang.

“Fikirlah apakah tanggungjawab mereka kepada org tersayang. Harus kita ingat perkara (virus) ini bukan olok-olok tetapi benar.

“Walaupun daripada segi agama saya tak boleh komen, saya nasihat mereka berjumpa pakar agama untuk mendapatkan maklumat atau pandangan sahih serta terbaik,” katanya.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menyarankan pendidikan berterusan diberikan kepada kumpulan anti vaksin berhubung kebaikan dan kepentingan vaksin COVID-19.

Usaha terbabit, katanya, membolehkan mereka berfikir secara mendalam, menggalakkan kesedaran serta mengubah persepsi terhadap imunisasi berkenaan, seterusnya bersedia menerima suntikan itu.

Tegasnya, pendidikan berterusan itu adalah pendekatan wajar diambil kerajaan sebelum melaksanakan undang-undang berkaitan vaksinasi COVID-19, termasuk mewajibkannya kepada individu tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak.

“Sangat penting juga untuk KKM secara berterusan mengeluarkan statistik yang membuktikan apakah kebaikan dan kelebihan vaksin ini kepada individu menerima dan tidak menerima suntikan.

“Tunjukkan juga statistik berapa kes dan peratusan kematian akibat COVID-19 dalam kalangan individu tidak divaksin, berapa ramai individu divaksin selamat atau berada pada tahap tidak serius apabila dijangkiti virus ini,” katanya.

Lam Thye berkata, sebagai pihak yang menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), beliau menasihatkan individu menolak vaksin tanpa faktor kesihatan mempertimbangkan semula keputusan itu demi keselamatan, kebaikan dan kesejahteraan diri sendiri serta rakyat Malaysia.

“Berdasarkan kepada perangkaan data sains perubatan, peratusan untuk orang diberikan vaksin lengkap terbukti selamat adalah lebih daripada individu tidak menerima imunisasi lengkap ini.

“Ada orang kata ambil dua vaksin pun tetap kena virus, tetapi harus diingat risiko kesan jangkitan dialami mereka ini kurang dan berada pada tahap tidak serius,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2021

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Semasa 10 jam yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran