web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajibkan Ujian Air Liur Tindakan Ekstrem - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 7:52AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan yang mungkin mewajibkan golongan anti vaksin  menjalani saringan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara mingguan disifatkan sebagai terlalu drastik dan ekstrem.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pendekatan itu agak mustahil untuk dilakukan terhadap golongan tersebut ketika ini.

“Saya rasa ia tindakan drastik dan ekstrem. Saya bukan anti vaksin tapi kita kena berfikiran waras dan bersikap adil. Perlu ada pendekatan berlembut untuk menyantuni golongan ini.

“Malah tidak adil untuk kata mereka yang masih belum menerima vaksin (golongan atas pagar) sebagai anti vaksin. Mungkin ada di antara mereka tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan. Kalau nak minta mereka buat ujian saringan mingguan agak beratlah. Adakah langkah tersebut berkesan dilakukan? Bagi saya kalau tak ada keperluan tak perlulah buat,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, pendekatan terbaik ketika ini adalah mendidik golongan terbabit mengenai kebaikan vaksinasi bagi membebaskan negara daripada ancaman COVID-19.

“Secara teknikalnya saya faham mengenai hasrat kerajaan tapi kadang-kadang kita beri mesej yang tak berapa jelas. Pertama, apa tujuan vaksin sebenarnya? Untuk melindungi diri mereka.

“Jadi kalau dia tak ada vaksin maknanya dia tak dilindungi. Kalau awak yakin pintu pagar awak orang lain tak boleh masuk, ada sistem keselamatan semua, maknanya pencuri tu hanya lalu lalang sahaja, gasaklah dia kan. Maknanya kita yakin dengan keberkesanan vaksin itu.

“Logiknya macam tulah kalau dari segi teknikal melainkan awak kata vaksin tu tak bagus, maknanya awak kena paksa semua orang untuk ambil,” katanya.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Zainal menegaskan, agak mustahil bagi kerajaan mencapai sasaran 100 peratus rakyat di negara ini lengkap divaksinasi.

“Saya memang tak setuju dari dulu lagi. Dulu kata imuniti kelompok 80 peratus, sekarang kita dah capai sasaran 90 peratus. Jadi kenapa awak risau? Bila ada imuniti kelompok secara keseluruhannya majoriti penduduk dah dilindungi bukan.

“Bagaimanapun akan ada 10 peratus orang yang tak divaksin, sama ada mereka menolak atau ada masalah kesihatan, sebab itu kita ada konsep imuniti kelompok. Jadi mustahil untuk kita dapat 100 peratus (imuniti kelompok) dalam sesebuah negara,” katanya.

“Jadi awak nak buat suatu benda yang mustahil lepas tu awak mungkin nak wajibkan ujian saringan air liur, pada saya itu ekstrem. Walaupun saya pejuang kesihatan ada kalanya kita kena berfikir secara waras,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman menyambut baik langkah tersebut.

“Saya sudah berikan pandangan dan cadangan mengenai perkara ini dalam beberapa akhbar dan media sebelum ini.

“Ia wajar dilaksanakan bagi mencegah potensi lonjakan kes di kalangan mereka yang belum atau enggan divaksin,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata golongan anti vaksin atau pihak yang sengaja melengahkan pengambilan pelalian itu berkemungkinan diwajibkan menjalani saringan air liur secara mingguan.

Katanya lagi, kos bagi perbelanjaan menjalani saringan itu tidak akan ditanggung kerajaan, sebaliknya perlu dibiayai sepenuhnya individu terbabit. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad