web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LADA Kemuka Cadangan SOP Kemasukan Pelancong Luar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:25AM

LADA telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh KKM dan MKN berhubung kedatangan pelancong luar ke Pulau Langkawi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan kepada pelawat luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata SOP berkenaan akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Antara cadangan SOP yang kita kemukakan kepada kerajaan adalah pelancong luar negara wajib melakukan ujian pengesanan RT-PCR COVID-19, iaitu 72 jam sebelum penerbangan dan setibanya di Langkawi terus ke tempat penginapan dan sekali lagi lakukan ujian saringan RT-PCR. Ini bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang. Sekiranya positif mereka perlu dikuarantin di hotel tersebut.

"Selain itu, sekiranya mereka (pelancong luar negara) telah menetap lebih daripada tiga hari, boleh dibenarkan mengunjungi destinasi lain dalam negara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program kembara media anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Penerangan di sini semalam.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara berkata kementerian itu mencadangkan kepada MKN supaya projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung dari beberapa negara luar sebagai langkah membolehkan Malaysia mengembangkan ekonomi yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Menurut Nasaruddin LADA menyambut baik cadangan kerajaan dan bersedia untuk menawarkan Langkawi sebagai destinasi projek rintis berkenaan kepada pelancong luar negara.

"Langkawi boleh dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan untuk pelancong asing di Malaysia dan semua orang perlu mematuhi segala SOP serta disiplin kawalan kendiri bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berlaku," katanya.

Mengulas mengenai kedatangan pelancong dalam negara apabila rentas negeri dibenarkan sejak 11 Oktober lepas, Nasaruddin berkata beliau menjangkakan seramai 100,000 pelawat akan berkunjung ke Langkawi sepanjang Oktober ini.

Katanya dalam tempoh dua minggu pertama pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi sejak 16 Sept, seramai 30,000 pelawat disasarkan mengunjungi Langkawi namun, pulau peranginan ini telah menerima 38,784 pengunjung.

“Namun, pada awal Oktober sasaran adalah 60,000 pengunjung tetapi setakat pertengahan Oktober, jumlah pengunjung sudah pun menjejas 51,400 orang,” katanya menambah ia dijangka terus meningkat sehingga penghujung Oktober lebih-lebih lagi kebenaran rentas negeri diberikan kerajaan.

“Kejayaan ini bukan sahaja diukur dari segi jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi tetapi ia lebih bermakna apabila tidak berlakunya kes mendadak jangkitan COVID-19 terhadap penduduk tempatan dan pengunjung,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad