Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluhan Peniaga Ikan Akhirnya Dapat Perhatian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 8:07PM

Fuziah (dua dari kanan) bersama ADUN Teruntum, Sim Chon Siang (kanan) berbincang mengenai isu dibangkitkan peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan ketika meninjau masalah itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas tinjauan dilakukan ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang disusuli lawatan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin baru-baru ini, peniaga dan peraih ikan di Pasar Besar Kuantan, di sini akhirnya boleh menarik nafas lega.

Sejak kerja naik taraf pasar berkenaan dimulakan kira-kira tiga minggu lalu, kebanyakan peniaga ikan mengadu kehilangan sumber pendapatan antara 15 hingga 20 peratus.

Ini berikutan keputusan Majlis Bandar Raya Kuantan (MBK) mengubah kedudukan lot perniagaan hingga mengakibatkan ada antara peniaga ikan berada jauh dari tapak asal mereka.

Seorang peniaga yang ditemui berkata, dia diberikan lot kedai di bahagian belakang pasar itu berhampiran peniaga sayur dan barangan dapur, mengakibatkan ramai pelanggan tetapnya tidak menemui lokasi baharu berkenaan.

“Sepatutnya mereka (MBK) fikirlah dulu sebelum mengagihkan lot kedai kepada kami, memang tak logik apabila ada antara kami diberikan lot belakang dan jauh daripada pandangan orang ramai.

“Kalau sudah di sini, jauh dari laluan dan tumpuan pelanggan, siapa yang akan beli ikan kami jual? Benda macam inilah mengakibatkan kami berdepan risiko kerugian,” katanya ketika ditemui di sini.

Hamdan (dua dari kanan) mendengar luahan peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan ketika meninjau isu berbangkit membabitkan perubahan lot kedai susulan kerja naik taraf pasar berkenaan.
Hamdan (dua dari kanan) mendengar luahan peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan ketika meninjau isu berbangkit membabitkan perubahan lot kedai susulan kerja naik taraf pasar berkenaan.

Fuziah yang juga Ketua Wanita PKR ketika tinjauan baru-baru ini turut menyuarakan rasa kesal kerana pihak MBK tidak mengambil langkah awal sebelum kerja naik taraf dimulakan.

“Proses penempatan peniaga ikan tidak dilakukan dengan cermat hingga ada antaranya diberikan lot kedai yang jauh ke belakang. Tidak semua pengunjung atau pelanggan akan menjelajah seluruh kawasan pasar untuk mencari barangan mentah yang mereka mahu.

“Sepatutnya peniaga ikan ini boleh ditempatkan di satu sudut khas, semua peniaga berada di kawasan sama, bukannya campurkan mereka dengan sudut peniaga sayur atau barangan lain,” tegasnya.

Beliau memberi jaminan, isu berkenaan akan diselesaikan pada kadar segera selepas berbincang bersama Hamdan.

Dalam pada itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Nor Kamawati Kamal ketika dihubungi memaklumkan, semua peniaga ikan pasar besar Kuantan akan dipindahkan ke bahagian luar pasar itu dalam masa terdekat.

“Datuk Bandar yang melakukan tinjauan dan pertemuan dengan peniaga ikan pasar itu sudah meminta proses pemasangan kanopi dilakukan sebelum semua peniaga (ikan) boleh berniaga di kawasan terbabit.

“Sebelum ini pihak MBK sudah mencadangkan supaya mereka berpindah sementara dan berniaga di bahagian luar pasar, namun pada peringkat awal kebanyakan peniaga tidak bersetuju.

“Jadi, akhirnya semua setuju dan kita kembali ke cadangan asal iaitu semua peniaga ikan akan berniaga di tapak sementara, di luar pasar besar Kuantan,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tangani Isu Ketidakpuasan Hati Pekerja, ‘Jeritan’ Rakyat Miskin Perlu Didengari

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kes Simbah Asid: Polis Ekstrak Kesan Cap Jari Suspek 

Sukan 9 jam yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

Disyaki Terima Rasuah RM1.6 Juta, SPRM Tahan Peguam

Semasa 1 hari yang lalu

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin