web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air, Orang Ramai Jangan Panik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:40PM

Seorang lelaki membeli bekalan air minuman sebagai persediaan menghadapi gangguan air berjadual mulai 13 Oktober hingga 16 Oktober ini di Shah Alam, pada 10 Oktober. - Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di Lembah Klang yang terjejas akibat gangguan air berjadual bermula esok, dinasihatkan supaya tidak panik dengan ketiadaan air bagi tempoh beberapa hari.

Ahli Suruhanjaya Pengurusan Air Negara, (SPAN), Shahir Adnan berkata, gangguan bekalan air berjadual terbabit sudah pun dirancang dengan rapi oleh pihak operator iaitu Air Selangor demi keselesaan pengguna di masa depan.

Menurutnya, Air Selangor telah memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1)

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula pukul 9 pagi hari esok dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam, 16 Oktober.

“Kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020, berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan SPAN bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan,” katanya.

Shahir berkata, semua pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan ia secara berhemah sehingga bekalan sumber itu kembali pulih.

“Orang ramai juga diminta untuk mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual itu dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau dengan menghubungi Air Selangor di talian 15300. Untuk sebarang maklumat mengenai perkhidmatan air di negara kita, bolehlah mengemukakan cadangan atau aduan kepada [email protected].

“Maklumat semasa juga boleh didapati menerusi semua saluran komunikasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Forum Air (Wira Air) termasuk Twitter, Facebook, Instagram,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad