web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar: Henti Sebar Dakyah Palsu Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 8:25AM

Dr Suhazeli Abdullah - Gambar dari Facebook Dr. Suhazeli Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Penolakan sesetengah pihak terhadap vaksin adalah realiti yang masih berlaku hari ini, walaupun dalam zaman yang dianggap serba moden.

Pengaruh kumpulan yang melabelkan diri mereka sebagai Pro Choice ini sedikit sebanyak membimbangkan, kerana dianggap menjadi ancaman kepada negara, apabila boleh merencatkan usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Ia sekali gus menjadi satu bebanan kepada kerajaan untuk menyakinkan pihak individu anti vaksin ini, khususnya selepas Malaysia menerima bekalan fasa pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada 21 Febuari lalu.

Mengulas isu anti vaksin ini, Pakar Perubatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Suhazeli Abdullah menggesa kumpulan terbabit agar tidak terus menyebarkan maklumat palsu dan salah tanpa memberikan bukti serta fakta yang tepat.

“Pesanan saya kepada golongan anti vaksin yang menentang vaksin ini, berhenti menyebarkan  berita palsu sehingga menyebabkan ramai terkeliru mengenai kesahihan sesuatu berita.

"Ini termasuk ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka mengambil vaksin COVID-19 dengan melemparkan fitnah atau dakwaan tidak wujud dalam realiti kehidupan,” tegas Dr Suhazeli kepada Getaran.

Beliau berkata, vaksinasi memenuhi objektif syariah kerana orang Islam yang diberi vaksin akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menegak dan mempraktikkan semua 'faraid' (ibadah wajib).

Dari sisi lain, Dr Suhazeli berkata, sesuatu fatwa dikeluarkan bukan hanya melalui pandangan ahli agama semata-mata tetapi turut mengambil kira pendapat serta nasihat pakar berkaitan.

"Dalam isu ini kita mesti kembali kepada individu atau organisasi yang lebih pakar. Jika tidak pasti dan sahih maka bertanyalah. Ini adalah merupakan ajaran dianjurkan agama Islam.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan kepakaran, mesti dirujuk kepada ahlinya, jangan kita memandai sendiri,” ujarnya lagi.

Dr Suhazeli juga menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan berita palsu yang disebarkan golongan anti vaksin terbabit.

Perkara ini tegasnya, sudah diputuskan dengan jelas dan nyata oleh S Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan 3 Disember lalu, yang menetapkan bahawa, pengambilan vaksin adalah harus dan wajib ke atas golongan ditetapkan kerajaan.

"Kemajuan teknologi, telefon pintar dan pelbagai platform media sosial, yang membolehkan identiti palsu direka mendorong kepada tabiat baharu, iaitu menyebarkan maklumat salah serta berita palsu.

"Jadi kita mestilah merujuk kepada ahli  dan pakar diiktiraf, jangan memandai membuat andaian sendiri atau percaya membabi buta kepada berita palsu yang dihantar individu tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Beliau menarik perhatian, golongan anti vaksin ini terdiri daripada dua kumpulan berbeza, mengikut situasi tertentu.

"Kumpulan pertama lebih kepada sengaja mencari publisiti dan mensensasikan sesuatu, kerana ada kemungkinan mereka mempunyai agenda tersendiri untuk menjual produk atau sebagainya.

“Manakala golongan yang kedua dianggap anti vaksin yang sengaja memutarbelitkan fakta sehingga membuat andaian sendiri. Selalunya golongan ini kemungkinan mempunyai pengalaman kurang menyenangkan selepas memberikan vaksin kepada anak mereka sendiri, sehinga menyebarkan berita palsu yang tidak sahih,” jelas Dr Suhazeli lagi.

Ketika ini, golongan Pro Choice berkenaan rancak berdebat di media sosial, mempersoalkan kesahihan vaksin yang diberi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika pelancaran Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ia susulan penggunaan dua jenis jarum berbeza ketika vaksin COVID-19 itu disuntik ke lengan Muhyiddin, sekali gus mencetuskan pelbagai teori dan dakwaan, hingga mengelirukan orang ramai yang tidak arif dalam hal ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu penjelasan ringkas semalam mengambil pendekatan membuat penjelasan berhubung penggunaan dua jenis jarum terbabit, yang kedua-duanya memiliki fungsi berbeza.

Menurut kenyataan berkenaan, jarum berwarna biru digunakan untuk menyedut cecair vaksin dari bebuli bersaiz besar bagi memastikan pengambilan yang lancar.- Getaran, 26 Febuari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad