web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulangkan Semula Duit Pakej Umrah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:45PM

Idris Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah perlu segera memulangkan semula wang yang telah dibayar bakal umrah yang terkandas akibat pendemik COVID-19 tahun lalu susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Arab Saudi. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata bagaimanapun, bayaran pulangan tidak semestinya 100 peratus kerana mengambil kira kos pengurusan yang telah dibayar kepada pihak ketiga.

"Pembatalan itu bukan disebabkan salah mereka namun SOP yang ditetapkan oleh Arab Saudi. Agensi atau syarikat terbabit menerima wang mereka ini, dapat membuat pembayaran semula kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan umrah," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian Musaadah Banjir Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan di Jalan Kuala Sepetang dekat Matang di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat umur 18 hingga 60 tahun, berikutan itu ramai bakal umrah berusia lebih 60 tahun di Malaysia yang telah mendaftar tahun lalu, tidak dapat menunaikan ibadah umrah biarpun pembayaran telah dibuat. 

Idris berkata agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dinasihatkan memahami konsep muamalat atau bertolak ansur dalam Islam. 

Menurutnya, bagi agensi atau syarikat pelancongan yang culas atau enggan membayar semula wang jemaah tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disaran campurtangan dalam soal tuntutan dan tindakan berikutan agensi atau syarikat pelancongan terletak di bawah bidang kuasa mereka. 

Ditanya mengenai SOP umrah oleh kerajaan Malaysia, Idris menegaskan ia akan diumum tidak lama lagi. 

"Kami telah mesyuarat semalam namun saya tidak dapat mengumumkannya kerana ia melibatkan dasar. Insya-Allah perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata mana-mana pegawai yang didapati melakukan penyelewengan di 14 agensi di bawah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri akan dipecat serta-merta.

Jelasnya,  tindakan tegas itu diambil kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak amanah dan tidak berintegriti dalam menjalankan tugas bagi membantu umat Islam malahan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan dàn amanah  tidak perlu disimpan.

"Semua 14 agensi di bawah saya  akan bertemu pada setiap Isnin bagi melaporkan apa yang mereka laksanakan. Saya telah melantik seorang pegawai untuk mengendalikan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap agensi dan KPI 100 hari kementerian," katanya.

Terdahulu, Idris berkata bantuan sebanyak RM50,000 dari Yayasan Taqwa kepada sekolah itu bagi meringankan beban yang mereka hadapi akibat banjir pada 18 hingga 2O Ogos lalu. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar