Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Perlu Tertumpu Kepada Kelangsungan Hidup PKS - SAMENTA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:45AM

Datuk William Ng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 perlu menumpukan kepada isu-isu perjuangan hidup perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

Menjelang Bajet 2022 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober, Pengerusi SAMENTA Datuk William Ng berkata persatuan itu mencadangkan agar cukai pendapatan peribadi untuk 2021 dikecualikan kepada mereka yang berpendapatan kasar di bawah RM80,000.

“Ini akan merangsang perbelanjaan dalam kalangan M40 untuk menjana kembali permintaan pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai cadangan persatuan itu bagi Bajet 2022.

Menurutnya persatuan berkenaan turut menyarankan kerajaan untuk menurunkan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada empat peratus secara rata untuk merangsang permintaan pengguna dan mengurangkan kerja pentadbiran kepada peniaga dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Kami juga mencadangkan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula pada kadar empat peratus mulai 2023,” katanya.

Ng turut menggesa kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai korporat sebanyak 15 peratus kepada PKS bagi pendapatan boleh cukai RM500,000 pertama untuk 2021 dan 2022 berikutan ia akan mendorong pelaburan semula dan menggalakkan keusahawanan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PKS yang telah gulung tikar.

“Laksanakan pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) sehingga Jun 2022 dan kurangkan kadar kutipan itu kepada 0.5 peratus sehingga Jun 2023 kerana pada akhir 2019, HRDF mempunyai RM1.35 bilion dalam levi yang dikekalkan.

Katanya HRDF mampu mengecualikan PKS daripada membayar levi sehingga Jun 2022 tanpa menjejaskan mandat untuk meningkatkan kemahiran pekerja.

Selain itu, Ng berkata kerajaan diminta untuk tidak membezakan antara perniagaan perlu dan bukan perlu berikutan semua perniagaan adalah saling berkaitan.

Sehubungan itu, katanya SAMENTA berharap semua sektor ekonomi dapat dibuka semula secepat mungkin.

Ia turut menyarankan kerajaan untuk menghentikan semua operasi audit cukai besar-besaran untuk kes-kes yang disyaki sebelum 2019 hingga 2023 untuk membenarkan PKS menjana kembali aliran tunai mereka pada 2022 dan 2023.

Bagaimanapun katanya, operasi audit dan siasatan boleh disambung apabila ekonomi kembali pulih.

Turut dicadangkan SAMENTA adalah pelanjutan subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja sehingga Jun 2022 kepada semua sektor yang dianggap bukan perlu (seperti sektor tidak dibenarkan beroperasi sehingga Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara).

Selain itu, mereka turut menyarankan insentif pengambilan pekerja baharu diteruskan dengan subsidi upah sebanyak 50 peratus selama enam bulan sehingga Jun 2022 untuk PKS yang mempunyai kurang daripada 100 pekerja.

Ng berkata kerajaan turut dicadang memperuntukkan 30 peratus kuota perolehan kerajaan kepada PKS untuk bersaing dalam kalangan mereka secara terbuka dan telus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

KKD Rangka Program Memperingati Jasa Tun Dr Ismail

4

TARA 10 bulan yang lalu

TikTok Labur RM56.61 Juta Bantu PKS Berniaga Dalam Talian

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu