web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TikTok Labur RM56.61 Juta Bantu PKS Berniaga Dalam Talian

TikTok akan melancarkan pelaburan bernilai jutaan dolar yang bertujuan membantu lebih 120,000 peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengalihkan perniagaan mereka dalam talian.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 4:07PM

Program 'Sokongan Tempatan' akan dilaksanakan bagi tujuan untuk memperkasakan perniagaan mikro dan kecil ini yang mungkin baharu dalam perdagangan sosial. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedangkan golongan yang sudah berusia 40 tahun ke atas pun kebanyakannya sudah mempunyai akaun TikTok, inikan golongan remaja zaman ini.

Ya, itulah fenomena yang sedang melanda platform media sosial, TikTok di Malaysia yang dilihat semakin hari semakin meningkat penggunanya.

Ada yang menggunakannya untuk berhibur dan ada juga memanfaatkanya untuk berniaga secara dalam talian. 

TikTok akan melancarkan pelaburan bernilai jutaan dolar bertujuan membantu lebih 120,000 peniaga PKS. - Gambar TikTok
TikTok akan melancarkan pelaburan bernilai jutaan dolar bertujuan membantu lebih 120,000 peniaga PKS. - Gambar TikTok

Disebabkan gelombang aplikasi ini, TikTok akan melancarkan pelaburan berjuta-juta dolar yang bertujuan membantu lebih 120,000 peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia untuk mengalihkan perniagaan mereka dalam talian seterusnya, mengambil bahagian dalam ekonomi digital di Asia Tenggara.

Menurut pihak platform tersebut, pelaburan tersebut berjumlah AS$12.2 juta (RM56.61 juta) itu adalah berbentuk geran tunai, latihan kemahiran digital dan kredit pengiklanan untuk PKS dan ini juga termasuk dalam kategori perniagaan mikro di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, program 'Sokongan Tempatan' akan dilaksanakan bagi tujuan untuk memperkasakan perniagaan mikro dan kecil ini yang mungkin baharu dalam perdagangan sosial. 

Kerjasama ini akan dijalankan dengan lebih 25 agensi kerajaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan di seluruh Asia Tenggara dan akan memberi peluang kepada perniagaan untuk menjangkau pengguna digital baharu melalui geran tunai, latihan kemahiran digital dan kredit pengiklanan.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew berkata, di seluruh Asia Tenggara, lebih 325 juta orang menggunakan TikTok setiap bulan dan 15 juta perniagaan memanfaatkan platform itu. 

TikTok teruja melihat kesan positif dan komited untuk meneruskan kerja membantu individu, komuniti dan perniagaan berkembang maju. - Gambar hiasan
TikTok teruja melihat kesan positif dan komited untuk meneruskan kerja membantu individu, komuniti dan perniagaan berkembang maju. - Gambar hiasan

“Peranan yang telah kami mainkan dalam mengembangkan peluang ekonomi, pendidikan dan pembinaan komuniti di rantau ini dan di seluruh dunia adalah besar. 

“Kami teruja melihat kesan positif TikTok dan komited untuk meneruskan kerja membantu individu, komuniti dan perniagaan berkembang dan maju,” jelasnya.

Di Indonesia, TikTok juga bercadang untuk mengorak langkah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Persatuan Pusat Pembangunan Sumber Wanita (PPSW), Platform Perusahaan Sosial (PLUS) dan Telkom untuk melancarkan TikTok Jalin Nusantara. 

Inisiatif ini akan mewujudkan sambungan rangkaian internet di hab komuniti di sembilan kampung luar bandar yang terletak di Nusa Tenggara Timur dan Sumatera Utara. 

Dalam masa sama, jalinan ini dipercayai dapat memperkukuh infrastruktur digital tempatan. TikTok Jalin Nusantara akan menawarkan program latihan di kampung-kampung di lima hab kreatif di pusat pelancongan dan ekonomi kreatif utama serta lima Telkom IndigoHubs. 

 PKS yang ada ini dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka sebanyak hampir 50 peratus dengan menjual produk dan perkhidmatan menggunakan platform ini. - Gambar hiasan
PKS yang ada ini dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka sebanyak hampir 50 peratus dengan menjual produk dan perkhidmatan menggunakan platform ini. - Gambar hiasan

Program ini akan menyediakan latihan untuk komuniti celik digital dan kewangan termasuklah modul kemahiran digital seperti penciptaan kandungan, e-dagang dan pemasaran digital.

Bukan sahaja di Indonesia, malah TikTok akan bekerjasama dengan perusahaan sosial Kid, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan alam sekitar dalam kalangan belia di Thailand. 

Jadi, TikTok mendapati PKS yang ada dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka sebanyak hampir 50 peratus dengan menjual produk dan perkhidmatan menggunakan platform ini.

Mereka mendapati hampir empat daripada lima perniagaan beralih daripada saluran pemasaran luar talian kepada dalam talian dengan kewujudan aplikasi sosial tersebut. - Getaran, 25 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini