Berita Terkini

8 jam yang lalu: COVID: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kluster aktif kini 506 - KP Kesihatan 8 jam yang lalu: COVID: 5,726 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes kini 2,442,224 - KP Kesihatan 8 jam yang lalu: COVID: 5,607 kes sembuh dilapor hari ini, 598 dirawat di ICU dengan 308 kes perlukan bantuan pernafasan - KP Kesihatan 8 jam yang lalu: Nestlé Malaysia sasar kutip 25 tan bahan kitar semula sebulan 10 jam yang lalu: Sektor perladangan sawit akan terima 32,000 pekerja asing dengan SOP ketat

IKUTI KAMI


Operasi Produk Pelancongan, Rekreasi Dapat Sambutan Sebaik Dibuka Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 9:29PM

Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengunjungi Aquaria sebaik sahaja kelonggaran diberikan hari ini kepada pengunjung lengkap vaksin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, memancing dan taman rimba yang mula dibuka kepada pelawat serta pengunjung yang lengkap divaksin hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Kelonggaran itu, yang turut memerlukan semua pengusaha dan operator lengkap divaksin, dibenar beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 September lepas.

Pengarah Eksekutif Aquaria KLCC Daryl C. H. Foong berkata pihaknya menerima jumlah kehadiran pengunjung yang memberangsangkan dengan seramai 100 orang direkodkan dalam tempoh sejam sebaik sahaja ia dibuka dan terus meningkat kepada 300 orang setakat 12.30 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Berkembar Petronas (PeTTVO), Ezarisma Azni Mohamad pula berkata sebagai meraikan kehadiran pengunjung, pihaknya menawarkan baucar hadiah bagi setiap pembelian tiket masuk dewasa ke Menara Berkembar, terhad kepada dua keping setiap keluarga.  

Bagaimanapun, beliau berkata slot lawatan dihadkan kepada kapasiti kurang 50 peratus bagi memastikan pengunjung mendapat pengalaman lawatan yang selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Di PAHANG, pengusaha spa De Aura HairSpa Nurul Afiqah Zulkifli, 26, berkata beliau dan adiknya Aimi Shazwani, 22, 'dihujani' panggilan telefon daripada pelanggan yang ingin membuat tempahan slot bagi mendapatkan perkhidmatan sejak beberapa hari lepas sebaik sahaja ia dibenarkan beroperasi.

"Sebelum ini, kami hanya menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada pelanggan muslimah dan hari ini, kami berasa lega kerana semua perkhidmatan yang kami sediakan seperti urutan sudah boleh ditempah pelanggan,” katanya. 

Pengusaha Pusat Urutan Orang Buta dan Refleksologi di SELANGOR Mohd Azman Ab Rahim, yang beroperasi di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam, turut berdepan situasi sama apabila dihujani panggilan daripada pelanggan yang ingin membuat tempahan slot setelah ia ditutup pada Mei lepas.

Di PULAU PINANG, pemilik Taman Burung Pulau Pinang iaitu Dr Gino Ooi Hong Chin berkata meskipun kelonggaran telah mula diberikan, pihaknya akan memastikan premis perniagaan itu mematuhi SOP ditetapkan dan hanya membenarkan 100 pengunjung masuk pada satu-satu masa.

Turut mengambil inisiatif sama ialah Katharine Chua, pemilik taman ekopelancongan seluas 3.2 hektar iaitu Taman Rempah Tropika di Teluk Bahang yang mengehadkan seramai 20 pengunjung pada satu-satu masa. 

Taman Tema Legoland Malaysia Resort dibuka semula hari ini selepas lebih tiga bulan ditutup susulan penularan COVID-19. - Gambar Bernama
Taman Tema Legoland Malaysia Resort dibuka semula hari ini selepas lebih tiga bulan ditutup susulan penularan COVID-19. - Gambar Bernama

Di JOHOR, Sea Life Malaysia, sebuah tarikan kehidupan marin di Legoland Malaysia Resort di Iskandar Puteri, menerima kunjungan orang ramai terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga bermula 11.30 pagi tadi.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort Thila Munusamy berkata pengunjung perlu lengkap menerima vaksin COVID-19 serta berisiko rendah dan bagi mengawal kemasukan, sebanyak 30 peratus kapasiti pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.

Di PERAK, Majlis Bandaraya Ipoh memaklumkan Petting Zoo@Gunung Lang, yang merupakan tarikan baharu di bandar raya itu, sedang dalam persiapan akhir sebelum dibuka kepada pengunjung esok.

“Taman Rekreasi Gunung Lang akan beroperasi pada setiap hari termasuk cuti umum bermula 10 pagi hingga 5 petang dan hanya mereka yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan melawat zoo bersama anak-anak berusia 17 tahun ke bawah,” menurut MBI dalam kenyataan.

Pengurus Hannan Medispa Ipoh Hanna Jamil pula memaklumkan seramai 23 pelanggan hadir mendapatkan perkhidmatan di premisnya sebaik mula dibuka hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Tak Tahan Dengan Isteri, Lelaki Minta Dipenjarakan

2

Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

3

Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pegawai Perhutanan, Suami, Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah

oleh Ardyhansah Amat

Singapura 14 jam yang lalu

Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Perlu Segerakan Pindaan Perlembagaan MA63 

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Tindakan, Guru Wajar Patuhi Pekeliling 

oleh Farhana Farush