web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Pesakit Pertama COVID-19 Gelembung Pelancongan Langkawi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 4:36PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi individu pertama disahkan positif COVID-19 dalam kalangan pelancong yang hadir ke Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan, bermula 16 September lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, kanak-kanak tersebut datang ke destinasi pelancongan terkenal itu dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dan tiba kira-kira jam 7.30 malam pada 24 September lalu.

Katanya, pada 25 September lalu, kanak-kanak itu mula mengalami demam dan dibawa mendapatkan rawatan pada keesokan harinya sebelum disahkan positif COVID-19.

“Hasil siasatan mendapati selain ibu dan ayahnya, terdapat tiga lagi saudara mereka yang merupakan penduduk tempatan Langkawi, menjadi kontak rapat kepada kanak-kanak tersebut.

“Kesemua lima kontak rapat itu telah pun menjalani ujian saringan COVID-19 dan didapati negatif. Mereka bagaimanapun diberi arahan kuarantin selama 10 hari,” katanya di sini, hari ini.

Dr Othman menambah, siasatan pihaknya juga mendapati jangkitan ke atas kanak-kanak itu mungkin berlaku sebelum dia melancong ke Langkawi.  

“Sebelum berlepas ke Langkawi, ibu dan bapa kanak-kanak itu bukan kontak rapat kepada mana-mana kes positif dan mereka juga tidak bergejala.

“Malah, sebelum menaiki penerbangan ke Langkawi, ibu dan ayah kanak-kanak tersebut telah menjalani ujian saringan kit ujian pantas (RTK) antigen menggunakan air liur di KLIA 2 dan mereka disahkan negatif,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut difahamkan memakai pelitup muka sepanjang berada di KLIA2, dalam penerbangan dan semasa berada di Langkawi.

Mengulas lanjut Dr Othman berkata, kanak-kanak itu kini didapati hanya bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan pasukan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Langkawi.

“Semua kontak rapatnya juga didapati tidak mengalami sebarang gejala dengan masing-masing telah lengkap divaksinasi.

“Sehingga hari ini, hanya satu kes positif dilaporkan melibatkan pelancong yang melancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga mahu pun penduduk tempatan. Siasatan lanjut dan pengesanan kontak rapat masih diteruskan,” katanya. - Getaran 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad