Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


 2 Anak Malaysia Cipta Nama Di Australia, Teroka Resipi Unik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 11:17AM

Ling Yeow (kiri) dan Adam adalah bekas peserta Masterchef Australia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia sememangnya menjalin hubungan yang erat, baik dari aspek diplomatik atau sosio ekonomi.

Jalinan hubungan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi pelbagai kerjasama, termasuk dalam perkara yang meliputi hiburan dan seumpamanya.

Terbaru, satu program rancangan masakan bersiri, dikenali sebagai Adam and Poh’s Malaysia in Australia bakal disiarkan secara perdana pada jam 8.30 malam, bermula 7 Oktober ini di saluran SBS Food.

Menampilkan dua pengacara kelahiran Malaysia, Adam Liaw dan Poh Ling Yeow, rancangan itu memiliki keunikan tersendiri, apabila kedua-dua mereka sebenarnya adalah bekas peserta program pertandingan masakan terkemuka, Masterchef Australia.

Adam ialah johan Masterchef Australia pada 2010 manakala Ling Yeow, berada dalam senarai peserta bagi edisi 2009.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya di set penggambaran bersama Ling Yeow, dan ia amat menyeronokkan jadi sepanjang penggambaran serta siri ini sangat menyeronokkan.

“Rancangan ini juga memberikan saya peluang untuk mempelajari serta memahami etnik dan budaya masyarakat di sini, selain berkongsi sejarah atau menu masakan Malaysia di Australia,” kata Adam dalam wawancara secara maya di sini.

Menurut anak kelahiran Pulau Pinang itu, Malaysia dan Australia kedua-duanya mempunyai pelbagai gabungan budaya, etnik dan tumbuhan yang mengagumkan.

“Rancangan ini membolehkan kami berkongsi warisan Malaysia-Australia dengan meneroka pelbagai hidangan Malaysia yang ada di bumi kanggaru itu,” katanya.

Sementara itu, Ling Yeow yang dilahirkan di Ampang dan kini menetap di Australia sememangnya sudah sedia menempa nama di sana.

Dikenali ramai sebagai pelakon, chef, pengarang dan penyampai televisyen, beliau diyakini mampu memainkan peranan sebagai gandingan mantap buat Adam.

Menerusi Adam and Poh’s Malaysia in Australia, kedua-dua personaliti ini akan berkunjung ke destinasi berbeza, dan mendapatkan pandangan serta nasihat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyajikan hidangan Malaysia yang lazat dengan sentuhan unik Australia.

Antara menu masakan yang bakal disajikan ialah Roti Canai dan Rendang Daging.

Sepanjang penggambaran tersebut  Adam dan Ling Yeow mengakui terdapat banyak persamaan antara kedua negara.

Walaupun sektor pelancongan luar negara masih belum dibuka, tetapi pelbagai inisiatif telah dirancang bagi memastikan hubungan antara kedua-dua negara dapat diteruskan melalui pelbagai saluran, selain bersama menyokong pemulihan ekonomi antara Malaysia dan Australia.

Adam and Poh’ Malaysia in Australia juga akan disiarkan selepas tayangan perdana di SBS On Demand.

Ia adalah sebahagian daripada acara yang disusun khas di bawah program diplomasi berprestij Australia, dikenali sebagai Australia Now.

Kempen berkenaan antara lain menampilkan kepelbagaian negara itu dari aspek ekonomi, saintifik, pendidikan dan kebudayaan yang pada tahun ini, menjurus kepada kerjasama dengan Malaysia. - Getaran, 30 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 6 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Semasa 17 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 10 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM