web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPN Sahkan Tidak Berlaku Sebarang Kebocoran Data Maklumat - Hamzah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:12PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi.

“Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin.

“Jadi jangan bimbang tentang data-data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua agensi selepas ini yang menggunakan data MyIdentiti daripada JPN segera mengambil langkah yang ketat,” katanya dalam sidang media khas penyerahan watikah pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu penjualan data maklumat rakyat Malaysia yang tular di sebuah forum baru-baru ini.

“JPN segera mengambil langkah keselamatan yang tinggi dan sentiasa mematuhi polisi penggunaan sistem myIDENTITY bagi mengelakkan kebocoran data daripada dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Hamzah berkata pada Isnin lepas, JPN telah mengesan satu hantaran di sebuah forum dalam talian memaparkan dakwaan wujudnya penjualan data rakyat Malaysia yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui perkongsian myIDENTITY milik JPN.

“Data itu didakwa berjumlah 4 juta yang mengandungi maklumat rakyat Malaysia kelahiran 1979 hingga 1998 dan ia ditawarkan untuk jualan dengan harga 0.2 BTC (Bitcoin-Matawang Digital) yang bersamaan dengan RM35,495.

“Oleh yang demikian, JPN telah melaporkan perkara ini kepada pihak LHDN supaya membuat siasatan sama ada kebocoran data tersebut berlaku di agensi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata satu laporan polis juga telah dibuat oleh JPN pada Isnin lepas dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.

“Semalam, satu perbincangan bersama Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan LHDN juga telah diadakan antaranya menyentuh isu serta kaedah perkongsian myIDENTITY dengan pihak LHDN serta kawalan keselamatan terhadap data berkaitan,” katanya.

Hamzah berkata JPN hanya berkongsi perkhidmatan myIDENTITY dengan beberapa agensi kerajaan bagi tujuan semakan dan pengesahan identiti warga Malaysia serta pemastautin tetap yang berurusan dengan agensi masing-masing.

“Selain itu, JPN juga mengesahkan tiada sebarang kes seperti demikian yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Semalam, LHDN dalam kenyataan menafikan laporan sebuah perbincangan digital mendakwa empat juta data yang bocor diperoleh daripada laman sesawang agensi itu melalui Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan JPN.

Menurut kenyataan itu, LHDN hanya pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad