web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasas Sugarbook Mengaku Tidak Bersalah, Siar Hantaran Kegentaran Awam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 1:49PM

Pengasas Sugarbook mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengasas aplikasi Sugarbook didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam, 10 Feb lalu.

Tertuduh, Chan Eu Boon, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sabreena Bakar@ Bahari.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan tersebut 10 Feb lalu, kira-kira 10.00 pagi dengan menggunakan sebuah laman web bagi menyiarkan satu hantaran bertajuk 'Top 10 sugar baby universiti in Malaysia'.

Hantaran itu dilihat pada pada hari yang sama, kira-kira pukul 6.26 petang di sebuah universiti awam di sini.

Tertuduh seorang usahawan teknologi maklumat didakwa dengan niat menyebabkan suatu ketakutan atau kegentaran kepada orang awam, bahawa mana-mana orang akan terdorong untuk melakukan satu kesalahan yang bertentangan dengan ketenteraman awam, melalui hantaran tersebut.

Chan didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, manakala tertuduh diwakili peguam T. Shashi Devan dan Pauling Hee.

Pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM100,000, kerana ia merupakan kesalahan yang serius dan melibatkan kepentingan awam.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, dan passport tertuduh diserahkan manakala sebutan semula kes 26 Mac depan.

Pada 18 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman tertuduh bagi membantu siasatan atas dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Media turut melaporkan usahawan tempatan berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu, ditahan pada 4.30 petang di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, 17 Feb lalu.- Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad