Berita Terkini

37 minit yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney 37 minit yang lalu: KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor - Exco 2 jam yang lalu: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) terima pakai resolusi kutuk ujian peluru berpandu Korea Selatan 2 jam yang lalu: Lebih 46,000 penduduk di Selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar 3 jam yang lalu: Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah dan berhati-hati

IKUTI KAMI


Polis Nafi Rusuhan Di Salak Selatan Tindakan Robohkan Tokong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 7:49AM

Kelihatan sekumpulan individu menghalang kerja pembinaan penghadang oleh PTG Kuala Lumpur. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan kejadian merusuh di Salak Selatan yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan tindakan meroboh tokong.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata insiden berlaku selepas beberapa individu bertindak menghalang kerja pembinaan pagar penghadang ‘hoarding’ oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur antara 11.45 pagi hingga 4 petang semalam.

Operasi PTG itu disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras yang hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pembinaan itu.

Beliau berkata semasa operasi itu dijalankan, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita warga tempatan membawa kayu dan besi bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis bertugas.

“Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Video berdurasi dua minit sembilan saat tular di media sosial hari ini selepas dimuat naik di laman Facebook, yang mendakwa pihak PTG bertindak hendak merobohkan sebuah tokong terletak di kawasan Salak Selatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

KPM Nafi Edar Surat Wajibkan Petugas Tonton Filem Anwar 

2

Politik 1 minggu yang lalu

Saarani Nafi Spekulasi Gerakan Tumbang Kerajaan Negeri, Malah Tegaskan Ia Kuat Dan Stabil

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tawaran Bayaran Trafik RM50 Hingga Hari Ini, Jom Bayar Segera

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KPM, SPP Mula Usaha Proaktif Tangani Isu Lambakan Siswazah Perguruan - Fadhlina

Sukan 1 hari yang lalu

Abu Samah Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah