Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kompleks PKNS Tidak Diroboh, Bakal Dinaik Taraf

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 9:23AM

Kompleks PKNS - gambar Foursquare

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khabar angin kononnya Kompleks Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam akan ditutup adalah satu dakwaan yang tidak berasas.

Jurucakap PKNS berkata, tidak ada sebarang cadangan untuk merobohkan bangunan yang sudah memasuki usia empat dekad itu.

Menurut beliau, kompleks berkenaan sebaliknya akan dinaik taraf sebagai memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan, serta peningkatan taraf sosioekonomi negeri Selangor secara keseluruhan.

"Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu merupakan salah satu mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar.

“PKNS menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan laporan di akhbar mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam yang telah berusia lebih empat dekad itu," katanya.

Tegas beliau, PKNS amat kesal dengan dakwaan tersebut yang jelas tidak benar.

"Satu laporan polis akan dibuat dan perkara itu juga akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Penubuhan PKNS sebagai agensi pembangunan negeri bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan dan keharmonian di negeri Selangor," katanya.

Jelas jurucakap itu, aspirasi berkenaan dapat dicapai melalui pembangunan pusat pertumbuhan baharu, penerokaan kawasan kediaman yang mampan, pembangunan pusat industri dan perniagaan serta pelbagai aktiviti pelaburan. 

Tambahnya, perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Seksyen 14 itu adalah sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini. 

“Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion itu akan melibatkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC. 

“Dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS,” katanya.

Projek peremajaan ini katanya lagi, seiring dengan usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon.

“Ini kerana bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem 'centralised chill water' selain sistem tenaga hijau. 

“Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka,” katanya.

Dakwaan kononnya Kompleks PKNS dan SACC Mall bakal dirobohkan berlegar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kesemua premis berkenaan didakwa perlu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan kondominium dan pembangunan perbandaran baharu. - Getaran, 19 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

5 Pasar Raya Untuk Persiapan Aidilfitri Anda!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Nafi Rusuhan Di Salak Selatan Tindakan Robohkan Tokong

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Sukan 1 hari yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Semasa 10 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM